Saturday, March 2, 2013

Kejohanan Merentas Desa 2013

Assalamualaikum

Hari ni di Sekolah Kluster Kecemerlangan ---> SMKSB ada Kejohanan Merentas Desa 2013 !!! Walaupun esok ada exam sejarah dan form 4 baru je baca 1 bab ><''' namun tanggungjawab sebagai ahli rumah sukan Samsudin tidak ku ketepikan ... Cewwahh! Pelajar cemerlang tidak akan memberi alasan untuk tidak hadir pada hari ini kerana esok ada exam . Faham ? Wah wah ... In hanya ulang suara cikgu je :P Tapi memang masuk akal...Lagi pun ni untuk markah kokurikulum jugakkk ! =)

Jadi,masa yang diberi untuk P1 adalah 55 minit dan berapa kilometer tak ingat lah... Mang jauhhh derkk ... tapi kalau selalu guna tak rasa jauh kot. Tahun ni guna jalan baru .. Weehuu!~ And pendeknya,In dapat sumbang satu mata untuk rumah Samsudin !!!!! Ngee ~~ Tahu tak,In sempat gi duduk tepi jalan menikmati alam sekitar :P walaupun cikgu kata hari ni bukan masa untuk menikmati nature namun dipertengahan jalan memang tak larat la ... kuikuikui ... Tak sampai 3 minit rehat,kawan yang kat belakang tadi dah sampai and tarik In suruh jalan sesama .. Aduiyai .. Tak pe tak pe ! Haha ... Dan In pun sambung perjalanan atau pelarian merentas desa .. amboi ayat BM ! XD

Lagi 10 minit masanya,In pun pecut sikit jalan,pecut sikit jalan...gitu-gitu lah ~ Dan akhirnya sampai ke sekolah.. Nampak macam lengai je .. In pun lepak la dulu .. Nak keluarkan nombor di baju ... Tapi tapi !!! In pandang sekeliling .. asaii la depa semua ni semangat berlari lagi padahal dah habis masa ... Laaaa,rupa-rupanya masih ada masa lagi !!!! In pun pin balik nombor dibaju dan terus lari pecut ke penamat ... Boleh kata duk lepak tu 3 ke 5 minit kot =='' Hahaha ... Time duk lari pecut tu,kekawan dari Samsudin jerit .. "Nazmin !!! Nazmin !!!! Lari laju2 !!! Ada masa lagi !!!!!!!" LOL XD Haaa... akhirnya !!! Ku dapat menyumbang satu mata untuk rumah sukan seperti biasa !! Cewwahh ><''

Selalunya rumah Samsudin menang berturut-turut tapi tahun lepas jatuh ke tangga ke-2 .. Namun !!!! Tahun ni bangkit semula !!! Tempat pertama !!! Dan tempat ke-2 rumah Syed Omar . Beza 1 mata je tahu ? Hahah,memang geram la kan rumah tu XD Kui-3 ... ~~ Tempat ke-3 rumah Syed Ahmad , seterusnya Sultanah dan Sultan .. Hek-3 ~~

Kekawan In kata,nasib baik In pecut ~ dapat sumbang mata rumah pun menang. Sebenarnya bukan apa,diorang pun sepatutnya sempat sebab kami dekat-dekat tapi nak dekat sampai tu In terus pecut tetapi diorang tak pun . Hahaha ... Adui..kalau tak Samsudin dapat lebih mata lagi .. heheh,it's ok ~~ Tahniah semuanya !!!! :D

-Kepenatan,sampai rumah terus bukak laptop update.. japgi nak study pulak .. tediaa .. Dah la balik rumah jalan kaki,parents keluar gi mane tak tau XD hehhe .. ~~ -

:: NN ::

Friday, March 1, 2013

Hadapi Dengan Senyuman

Assalamualaikum

Apabila kita sihat,kita senyum.Kita ketawa.Kita bergerak aktif. Apabila semuanya berjalan dengan lancar seperti kita harapkan kita panjatkan rasa syukur kepada Allah SWT. Tetapi kadang kala kita lupa,alpa. Di saat kita jatuh tersungkur,sakit,lesu,pucat,tidak bermaya.Hilang senyuman dibibir. Hilang rasa semangat dan kekuatan. Kita merungut. Tanya kepada diri,entah mana larinya semua itu. Sepatutnya,ketika kita susah dan senang,kita perlu hadapi dengan senyuman. Kerana segala sakit dan kesusahan yang menimpa bukan daripada makhluk lain tetapi semuanya datang daripada Allah SWT. Allah memberi kita ujian yang setimpal dengan kekuatan kita. Mungkin kita berusaha sepenuhnya untuk kekal sihat dan berjaya. Tetapi ingat,kun faya kun. Jadilah,maka jadilah ia. Segala kehendak Allah pasti akan berlaku dan Dia tahu apa yang baik untuk diri kita. Segala ujian dugaan datang daripadaNya dan kita perlu redha dan berdiri utuh dengan senyuman. Senyum kerana ia datang daripada Allah. Allah menyayangi kita. Senyum :) 

Ingat,hadapi dengan senyuman ^___^ ~
Sayang ikhlas,Nazmin Nazifa :D

:: NN ::

Tarannum #1

Assalamualaikum

Selamat pagi,tengah hari,petang dan malam . Siapa pandai tarannum ? Best kan kalau reti tarannum ^_^ ... In pun tengah belajar-2 ni bertarannum... Seronok ~~ Lagi senang kalau kita tahu maksud bacaan yang kita baca. Apabila kita tahu,rasa lebih mudah macam mana nak tarannum kannya. In fact,bagi pendapat In kalau kita pandai bertarannum dengan betul,maka bacaan tajwid kita semua pun akan terjaga. Lebih mudah dan kurang melakukan kesilapan. Huhu .... Apa pun,mari kita lihat serba sedikit mengenai tarannum 

Pengenalan Tarannum

Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada junjungan besar Rasulullah saw melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. secara beransur-ansur dan disampaikan kepada kita dengan jalan yang mutawatir serta membacanya merupakan suatu ibadah. al-Quran mempunyai kesenian yang unik dari sudut bacaan yang memerlukan seseorang menguasai ilmu tajwid, tarannum, qiraat sab’ie, dan lain-lain lagi demi memantapkan penguasaan bacaan Tartil mengikut bentuk dan kehendak ayat agar mudah difahami, dihayati dan diamalkan dengan sempurna seterusnya dapat melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang.
Tuntutan bertarannum dalam sabda Rasul saw :

حَسِّنُوا الْقُرْءَانَ بِأَصْوَاتِكُمْ فَأِنَّ الصَّوْتَ الْحَسَنَ يَزِيْدُ الْقُرْءَانَ حَسَنًا

Maksudnya: ”Perelokkanlah bacaan al-Quran itu dengan suara-suara kamu, sesungguhnya suara yang elok sahaja boleh menambahkan keelokkan bacaan al-Quran itu”.
(Hadith Riwayat Abu Daud)
Bacaan al-Quran yang terbaik adalah bacaan yang menggabungkan keelokan suara, bertajwid dan bertarannum yang mencapai martabat bacaan tartil yang sebenar (Nik Jaafar 1998). Menurut Nurliana Mohd Shariff (2003), alunan tarannum Al-Quran bukan sekadar tidak sama dengan lagu-lagu nyanyian lain seperti Lagu Penglipur Lara, Syair, Qasidah, Nasyid dan sebagainya bahkan al-Quran juga tidak boleh dilagukan seperti lagu-lagu nyanyian tersebut. Perkara ini telah jelas diterangkan oleh baginda saw dalam sabdanya :

إقرؤا القرأن بلحون العرب وأصواتها وإياكم ولحون اهل الفسق وأهل كتابين

Bermaksud : “Bacalah al-Quran itu dengan irama (lagu) kearaban dan dengan suara berlahjah arab. Jangan sekali-kali kamu melagukan al-Quran itu dengan gaya lagu ahli fasik dan ahli-ahli kitab (Kristian dan Yahudi).” (Hadis Riwayat Imam Thabrani & Baihaqi).

Pengertian Tarannum

Tarannum adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu tarannama, yatarannamu tarannum yang membawa maksud berdendang atau menyanyi. Dr Ruuhi al-Balbaki, pakar bahasa Arab pula menyatakan bahawa kata akar bagi perkataan tarannum ini ialah rannama, yurannimu, tarnim yang membawa maksud “intonation, modulation, recital, chanting, singing and humming” iaitu yang merangkumi maksud intonasi, nyanyian dan bacaan yang baik.


Tarannum adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses Nada, Rentak dan Irama tertentu.


Nada adalah tingkatan atau tekanan bunyi suara.
Rentak adalah pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.
Irama adalah alunan atau bentuk bunyi.


Tarannum adalah suatu istilah yang diguna pakai oleh RasuluLlah SAW. Sabda Baginda:
ما أذن الله لشىء ما أذن لنبى حسن الترنم بالقرأن
رواه البخارى


Maksudnya: "Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran”.




In akan sambung mengenai topik ni dengan hukum,pembahagian dan jenis-jenis tarannum,In syaa Allah ...
Sesungguhnya ahli al-Quran merupakan “Ahlullah Wa Khassah” yang dijanjikan kedudukan yang mulia di sisi Allah swt.

Mafhum Hadis: Hendaklah kamu menghiasi bacaan (mencantikkan) Al-Quran dengan suara-suara kamu dengan mempelbagaikan suara kamu. (Riwayat Abu Daud)

Dan seperti yang In kata tadi,In suka tarannum namun apakah hukum bertarannum bagi perempuan? In ade dengar haram kalau didepan lelaki yang bukan mahram ... Hmmphh,jadi In pun cari la rujukan ...


Dan ... admin yang upload video ni di Youtube juga kata kepada seseorang yang bertanya :

"bukankah wanita bertarannum.. mngalunkan ayat2 al-quran.. buknnyer melalak.. maka adakah itu d kira brdosa?"

Lalu admin tu menjawab :

"berdosa kerana memperelokkan / mendayu-dayukan suara kepada bukan mahram, tidak salah jika kepada suami / ahli keluarga sendiri"

Wallahu'alam ..

:: NN ::