Tuesday, January 19, 2016

Terengganu or People

Assalamualaikum

Hi semua. Malam ni mengantuk sangat so tak ada mood nak tengok any variety show ke apa. So ni post terakhir hari ini dan selepas ni nak tidur sebab esok iols ada date dengan member. So people out there mesti tanya In macam mana Terengganu? Best tak duduk Terengganu? FYI, I BELIEVE that ramai menyaksikan In selalu juga meroyan di twitter apabila In di hostel/Terengganu. In nak jujur, jujur sangat di post ni.

First thing, soalan anda kebanyakannya salah or tak tepat (apabila budak law berbicara ceh). "Macam mana Terengganu?" "Best tak Terengganu?" It supposed to be "Macam mana study disana?" or something like that. Alright, personally Terengganu is just a place yang banyak pantai dan ada musim tengkujuh yang membuatkan certain kawasan yang banjir dan recently di universiti In dijumpai ular yang sangat gemuk dan panjang like sangat panjang. Tak perlu kot tunjuk gambar? Nak tengok? Minta kat my ask.fm sebab gambar dalam phone X'D (Tengah update guna pc abang).

Terengganu is OKAY walaupun TAK ADA CINEMA. I mean, ada tapi jauh dan limited I think? Tak nak ambil tahu sangat. Tak apalah dah dapat sana, lepak pantai dan cafe je lah yang ada. Sis bahagia je. NAMPAK TAK, SIS KATA SIS BAHAGIA. So the real problem is not on Terengganu. The people there yang macam bermasalah sikit. No, diorang tak bermasalah, cuma like membawa masalah kepada In. Dari segi emosi kebanyakannya. LOL.

Masalah dia orang kat sana! Bukan orang Terengganu, orang yang menuntut di uni iols itu. You know what, I know, and we all know Terengganu ni macam negeri Islamic gitu tapi tak seIslamic Kelantan. So universiti di sana, kalau tawarkan kos pun, kos utama must be like Islamic punya kos kan. So MAJOR people there orang yang so called Islamic people berkopiah, berjubah, bertudung labuh, berbaju kurung blablabla. That is okay. 

I am so fed up, and stress and annoyed apabila ada manusia yang macam kolot. Islamic yang kolot maybe? Sorry. You see, anda berjubah, bertudung labuh macam sangat labuh, kos agama, dan seumpamanya but itu tak membawa makna anda boleh memandang remeh or like hina ke apa kepada manusia lain dan bebudak kos lain. Tau tak, In dengan kawan In bertshirt labuh okay, seluar slack, tudung ikut syarak but bila sampai satu cafe ni yang mostly bebudak kos agama, diorang tenung and pandang kitorang like kitorang ni sangat pelik macam makhluk asing, macam memakai pakaian tak cukup kain ka apa. 

Kalau sekali pandang and buat don't know tak apa, ni memang tenung habis terutama lelaki. Tatau la mungkin terkesima dengan kecantikan kitorang kot? (Lewls -__-) Mentaliti patut di ubah. Perempuan pakai tshirt, or seluar or jeans doesn't mean dia tak tutup aurat selagi mana pakaiannya itu tidak singkat, tidak menunjukkan bentuk badan dan ketat. Why so hard to understand? Tutup aurat bukan didefinasikan dengan memakai baju kurung, jubah, tudung labuh blablabla, alright? Bear in mind.

Itu satu mentaliti bebudak sana. Seriously, sangat stress. Dengan pemikiran diorang yang kolot. Tak semua, tapi sepanjang In lalui memang ramai juga lah~ Even kekadang bergaul dengan non-muslim pun like menjadi satu kesalahan. Excuse me? Saya tidak mengerti. I thought universiti yang so called as Islamic ni membantu la In untuk jadi lebih baik ke, tenang ke untuk study bagai tapi In rasa diri In makin worse and macam nak memberontak selalu. Di Shah Alam dari segi pengalaman lagi banyak maksiat but they are open and accept any kind of people. Just be nice to everyone. Sini, semua sok-sok baik,sempurna or ahli syurga~

 Dulu di Shah Alam, ada macam-macam but guess what? In jarang sekali keluar. Malas gila nak keluar. Tapi di sini, even tak ada apa, In macam nak keluar selalu. Tak boleh lah kalau duduk dalam hostel or uni lama-lama. Ya Ampun, negative vibes di mana-mana. I even want to say this, sana tak henti-henti In dengar kata caci-makian, carutan ( well this datang dengan orang sekeliling In. fefaham je la ). Kalau kat sana Shah Alam, we understand each other, accept segala nasihat dan teguran secara hati yang terbuka. But here? Kita pula yang kena tahan, bertolak ansur and kalau ada nasihat or tegur sikit mula nak sentap ke, marah ke, merajuk ke. Pening la.

Kat sini, semua ikut kepala sendiri. Semua ego tinggi and lalang. Sini ramai berkawan pun semata-mata kerana membawa 'keuntungan' mereka sahaja. Bukan ikhlas berkawan pun. So like wow. Degree life is so challenging and new. Sudah la cabaran menuntut pelajaran dah satu hal besar nak ditanggung. Ini nak tanggung satu hal berinteraksi, hidup with these kind of people... Sangat menguji hati dan kesabaran In. Sangat menguji ketahanan mental In. In banyak kali rasa I can't do this anymore. I can't stay here with these people. I am not meant to be with them or be here. I should just walk away. How can I survive for 4 years here?

Dulu, In tak pernah rasa berat hati gila nak balik Shah Alam. And even rindu rumah tu jarang sekali unless bila tak sihat mestilah rindu rumah. Tapi kat sini, like every second asyik fikirkan rumah. Fikir bila lagi nak cuti. Bila boleh balik. And bila dah cuti, nak balik tu rasa berat sangat ya Allah... Allah sahaja yang tahu. I cried a lot kat uni. I just hate it. I just hate jadi this weak but somehow I can't control myself. I know, kita nak berjaya dalam pelajaran firstly we must love the place kita menuntut. We must enjoy the environment.Trust me, I tried a lot. 

Apapun, somehow, I managed to get over these stuffs... Keep trying to be positive over and over again. Keep trying to start a new fresh day every day...And I tell to myself I can survive for 4 years here. Yes I can. ONE friend... Only this one friend kat uni ni yang In boleh go, yang boleh sesama saling mengingati baik buruk, nasihat dan saling menegur and she said to me, "Don't give up. I'm here for you." So far, I only have this one and only good friend. Yang lain, seriously... In nak jauhkan diri. They bring negative vibes. Actually ada juga beberapa yang baik. Memang baik, I know... Diorang sangat okay, and suka diorang juga. Alhamdulillah. Cuma yang memang In rapat seorang ni je la. We actually melalui the same problems. We agreed much on this. We felt getting worse being here. 

Mesti ada rasa macam tak logik kan. Terengganu, tempat kurang maksiat, kononnya~ ... Duduk uni islamik...takkan la boleh buat kita makin teruk or something like that. Maybe I am just not that lucky yet, to meet good people there.So i am looking forward for my next sem agar jumpa lebih ramai orang baik-baik...bawa In ke arah lebih baik. Open minded. Dan ikhlas dalam persahabatan. Personally In kata, uni is islamik, but not penghuninya. Ada yang nampak islamik semata-mata peraturan universiti and ect. So yeah, jangan mudah judge by luaran seseorang okay. Get to know them first. It is a good thing dengan menutup aurat mengikut syarak. Tapi untuk bergaul dengan orang, we need yang baik dari hati dulu. So I am trying my best to stay there, hidup dengan suasana begitu sambil belajar. Really trying hard. Just doakan In saja X'D Lots of love from me, salam alaik.

:: NN ::

5 comments:

  1. Morning In, hehe i actually ready ur post whole-ly huhuw!
    Okayyyyyy so first of all. I ALWAYS JUDGE. Hahahaa. Bukan apa, we ppl do make assumptions right? Seriously. Qila UIA In! For god sake IIUM/UIA yg islamic sangatttttttttt tu hahahaha. Tp alhamdulillah course qila semua takde lah bersepah sgt yang tudung labuh (sorry) yang annoying tu haha. Dulu ada jumpa but yeah, jauhkan diri kihkih. I mean bukan apa, diorang kan AKAN judge jugak kita even they dont even know me? Seriously. Tapi tulah, susah kan taknak judge by it's cover hehe. Qila pun sometimes tudung terrrlabuh tp perangai cm harom hahahahhahaha so qila selalu mindset mcm eipp eippp dont judge the piece of fabric eippp sbb kau pun tak muslimah sgt pun. Acah je tuwww. Haha. Pastu qila jumpa pulak lagi sorang ni, tudung singkat biasaaaaaaa je perangai kuat carut (trust me, lagi teruk u cn imagine sampai qila quite benci dia sbb annoying gila weh), tapi hafal quran peh peh tu yg qila mcm aduh aduh hahahahaaha. I cant hate her, instead im jealous of her. :(

    Qila ni? Hafal quran pun idok, tudung biasa je, perangai pun tahapape. Haihhh. Gila betul dunia ni. Mcm2 adooo.

    But alhamdulillah dkt uia qila tak down sbb org org centu, qila down sbb my self esteem yg teruk sgt haha! Ngade betul dasar qila gemuk haha! Hm no offence but according to ur description, seluar slack baju labuh? i think it's more than okay? daripada skinny jeans? eh hello tu dah tutup aurat lah woi ko nak pandang2 APAA? hahaha maghoh maghoh. but seriously, there are sometimes qila pun tak selesa. but whatever. in the end, we live to please HIM. not them In! :) Okay gurl? Hope u feel better huhu. And satu lagi, qila lagi benci (ahaha benci) kalau boys yg lagi acah. Ingat kita nak ngorat dia ke eh hello pls lah haha.

    Amin amin, may allah bring us joy n happiness and makes us stronger :) <3 hugs!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good evening dear! Hehe... Wahhh am pleased to hear that ><
      Thank you for all your feedbacks and kind words Qila ^_^
      In syaa Allah, aamiin... Moga kita tabah menjalani kehidupan di dunia ini yang kian mencabar ^^, Allah duga kerana Allah sayang kita... In syaa Allah... *hugs <3 :*

      Delete
  2. APA TYPO TEROX SGT AKU NI ISH! read* tau bukan ready natang pe ahahaha. Sorry In <3

    ReplyDelete
  3. Sabarlah In. Pedulikan apa org kata yg ptg kita tahu batasnya.

    ReplyDelete