Wednesday, March 12, 2014

Yang Aku Rindu

Assalamualaikum

Ingat tak ?
Setiap hujung minggu pada hari Sabtu mesti awak melawatnya.
Kalau tak datang,dia telefon awak.
Dia tanya khabar awak.
Mak awak masak apa?
Gaduh dengan abang-abang tak?
Di akhiri dengan I Love You.
Malunya hendak awak balas.
Tersipu malu.
Padahal dia tidak asing denganmu.
Bila datang,soalan Inggeris bertubi-tubi ditanya.
Tak akan melepaskan awak selagi tak jawab soalannya.
Jika salah dia tegur.
Jika Manglish dia tegur.

Ingat tak ?
Saat awak perlukan sokongan.
Awak mengadu kepadanya.
Cerita kepadanya.
Lalu dia yang menolong awak.
Backup awak.
Tak siapa berani membantah dah.
Awak selalu dapat upah.
Bila dia suruh buat itu ini.
Seronok kan tiap minggu duit masyuk?

Ingat tak ?
Kenakalan awak dia tahan.
Bising awak dia senyap.
Yang lain menegur.
Dia kata "tak apa lah"
Suka tanya result exam.
Suka tanya boyfriend siapa.
Bila muka awak monyok.
Bisu tanpa ucapan.
Dia berbisik kepada awak.
"Gaduh dengan mak?"
Geleng kepala.
"Merajuk dengan abah?"
Angkat bahu.

Ingat tak ?
Dia yang tidak mahu awak hampakan.
Dia yang awak buat segalanya hanya untuk dia.
Dia yang awak hadiahkan 5A UPSR untuk hari jadinya.
Awak nak dia bangga dengan awak.
Awak nak senangkan hatinya.
Kan awak?
Kebingungannya juga kerisauan awak.
Tapi awak tak pernah cuba untuk tunjuk kan?

Ingat tak ?
Suatu hari terasa jauh.
Sakitnya awak fikir ringan.
Resah awak fikir akan terubat.
Dia lupa wish hari jadi awak.
Awak tak ambil hati.
Faham.
Dan pengakhirannya.
Tahulah kenapa.
Allah jadikan jalan sebegitu rupa.
Inginkan awak terbiasa.
Tanpa kehadirannya.

Ingat tak ?
Dia RAJA dalam hati awak.
Yang telah tiada selama 4 tahun.
Berusaha awak ceriakan diri sendiri.
Lupakan segala penyesalan lalu.
Tapi sedar tak awak ?
Kata-katanya sentiasa di hati.
Terasa masih hidup kehadirannya.
Jua di hati.
Pelukannya dalam ulitan mimpi awak.
Masih hangatnya terasa.

Awak ingat tak Nazmin Nazifa ?

Ya aku ingat.
Yang aku rindu ...
Sentiasa.
Hj Noordin.
Wan aku.
Wan yang terbaik dalam dunia ni buat diri aku.
Terima kasih,Allah.
Dapat aku merasa dan masih terasa segala mengenainya.
Maaf Wan.
Atas gugurnya air mata ini.
Kerana rindu.
Rindukan Wan.



:: NN ::

8 comments:

  1. salam In..

    sntiasa sedekah kan doan, Al-Fatihah buat yg suda pergi ye..
    dia pasti bhgia dsana..InsyaAllah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt :)

      In syaa Allah,berusaha tidak lupa menyelitkan doa buat mereka semua yang telah pergi :")

      Delete
  2. Salam sis...
    sedih akak baca N3 In ni...rinduu pada yg telah tiada..sedekahkan AL-Fatihah ya...
    moga Wan In ditempatkan dikalangan org yg beriman...amin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt :)

      In syaa Allah... aaminn allahumma aamiin... terima kasih.

      Delete
  3. AlFatihah. kirimkan doa buat arwah wan. rndu arwan akk jgk :')
    masakan wan. duit 20sen yang wan selalu bg buat beli kopok.
    pujukan wan. dukungan wan :'''')

    ReplyDelete
  4. sentiasa doakan alfatihah ye.. be strong okay.. :)

    ReplyDelete