Friday, March 14, 2014

Solat Sunat Dhuhaa

Assalamualaikum

Hari ini In nak kongsikan serba-sedikit mengenai solat sunat Dhuhaa. Moga ada manfaatnya dan boleh amalkan terus dengan istiqamah. In syaa Allah ;)

Sembahyang sunat Dhuhaa ialah sembahyang yang dilakukan pada waktu Dhuhaa,yakni pada saat matahari naik lebih kurang pukul 8.00 pagi sehinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (istiwa'). Lebih kurang 15 minit sebelum masuk waktu Zuhur. Solat Dhuhaa termasuk di dalam solat yang disyariatkan di dalam Islam. Tetapi ia tidak termasuk ke dalam golongan solat sembahyang Rawatib yang sering dilakukan oleh Rasulullah SAW sebagaimana baginda sering melakukan sunat Witir dan sunat Fajar,dan tidak dianjurkan baginda untuk dikerjakan sebagaimana anjuran terhadap sembahyang Tahiyatul Masjid. Oleh sebab itu,solat Dhuhaa boleh dikatakan sebagai solat yang kadang-kadang dilakukan baginda dan kadang-kadang ditinggalkan baginda (sunat Tarkiyah). Wallahu'alam.

Cara Melaksanakannya

1) Sembahyang Dhuhaa ini boleh dilakukan sebanyak 2/4/6 hingga 12 rakaat,tiap-tiap dua rakaat satu salam.

2) Pelaksanaan solat ini serupa dengan solat sunat yang lain dengan lafaz/niatnya ;

Ushalli sunnatadh dhuhaa rak'ataini lillahi taala (Sahaja aku sembahyang sunat Dhuhaa dua rakaat kerana Allah taala)

3) Terdapat 3 pilihan bacaan surah yang boleh dibaca selepas Al-Fatihah ;

a) Rakaat 1 : Surah Asy-Syams
Rakaat 2 : Surah Al-Lail

b) Rakaat 1 : Surah Ad-Dhuhaa
Rakaat 2 : Surah An-Nasr

c) Rakaat 1 : Ayat Kursi (7 kali)
Rakaat 2 : Surah Al-Ikhlas

4) Selepas memberi salam,bacalah doa berikut ;

"Ya Allah,sesungguhnya waktu Dhuhaa waktu Dhuhaa-Mu,cahayanya cahaya-Mu,keindahannya keindahan-Mu,kekuatannya kekuatan-Mu, Ya Allah sekiranya ada rezeki di langit maka turunkannya, jika ada di bumi maka keluarkannya, jika jauh maka perdekatkannya, dan jika adanya hampir maka permudahkannya dengan kebenaran Dhuhaa-Mu, cahaya-Mu, kekuatan-Mu dan kesucian-Mu, berilah kepadaku sebagaimana Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Dan semoga Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat baginda sekalian. Segala puji adalah bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam."


Selamat beramal semua ! Fi amanillah :D

:: NN ::

4 comments:

  1. skrang dah ada app bgitau waktu Solat Dhuha.. Thanks for sharing ya =)

    ReplyDelete
  2. nice share in..
    yaya biasa surah pertama tu dhuha, yg ke-2 al-ikhlas
    boleh juga kan.. ^_^

    ReplyDelete