Assalamualaikum
Kisah Pertama
In masih dalam mencari mood untuk study kerana trial semakin hampir. Hohoho. Buka-buka sekolah je (Ahad) esok tu trial (Isnin) !!!! Apa pun tak study lagi,macam terganggu je. Ape tah yang buat In terganggu ni ? Iskiskisk... Syaitan ke ni....gi jauh-jauh. XD Apa pun,waktu In tengah feeling-feeling dengar lagu sambil belek album keluarga dan kekawan....touching je rasa. Rindu sesangat hari-hari di dalam gambar tu.Orang-orang yang bikin In semangat pergi satu per satu. Ada pergi selamanya,ada pergi buat sementara (Masuk MRSM/SBP) ~ Tetiba belek buku-buku kat rak,teringat satu buku ni,kat belakang sekali In ada tulis something,seikhlas sejernih sesuci hati In waktu tu. Kehkehkeh. JENGGGG! Apakah itu? ~~~
Terus terang,NN akan belajar bersungguh-sungguh! Walau ada seseorang yang tak dapat melihat keyakinan,kesungguhan dan ketekunan aku,namun aku tahu kalau dia masih hidup,dia akan berbangga. Dia hidup di ingatan dan hatiku.Jadi,tiada alasan untuk aku toleh ke belakang dan mencari major lain. Aku akan belajar bersungguh-sungguh bagi ibu bapa gembira,maktok,abang-abang,saudara-mara yang lain,guru-guru,rakan-rakan serta untuk diri aku sendiri. Aku akan berbakti kepada masyarakat,negara dan dunia.Aku akan mendapat wang sendiri banyak-banyak dan membantu orang yang lain dalam kesusahan. Aku akan menunaikan haji dan melakukan bermacam-macam amal ibadat lain yang membuat aku gembira dan membawa aku ke syurga Al-Jannah. Aku akan jumpa jodoh aku yang telah tercatat di Luh Mahfuz,aku jumpa cinta aku,berkahwin dan hidup bahagia selama-lamanya. Aku akan menjadi orang yang berguna kepada semua orang. Aku akan jadi anak yang baik,kawan yang baik,isteri yang baik dan juga ibu yang baik. Aku akan memberi sepenuh kasih sayang aku. Dan yah, aku akan jadi pelajar yang baik sampai ke akhir hayat. Kerana, dalam kehidupan ini, kita akan sentiasa belajar dan diajar oleh cubaan dan dugaan daripada-Nya.
Begitulah apa yang In tulis kat belakang buku tu. Waktu tu In form 3. Baru je kehilangan orang yang tersayang,down sikit... nak fokus belajar susah sikit so bila fikir pada masa hadapan jauh nun disana tu,terus bersemangat balik. Yang "major" In tulis tu,tak ingatlah apa pulak tu :P Giler touching kotttttt time tuuuu... Tengok,ayat pun tunggang langgang je kan.. In type sebijik tu,tak edit apa-apa. Huhu ...Kemain tinggi azam. Huhuhu... so bila baca balik tu,rasa nak study meningkat dah. In macam "Ye lahh... inilah suatu ketika dulu In nak kan untuk masa hadapan...dan In masih nak begitu. Menjadi seorang yang berguna. Menjaga kepentingan dunia dan akhirat." Tapi manusia ni mudah alpa,lalai... In terlupa seketika matlamat In. Tapi sekarang,In dah jumpa balik :) In syaa Allah ~
Kisah Kedua
Ni kisah yang tak berapa kisah lah. Hahaha ... Sebenarnya nak ucapkan Selamat Hari Raya je !!!! Orang pertama bagi duit raya jiran In,Chinese. Hahaha,banyakk woo dia bagi sebagai jiran. Hahaha. Terbaikk punya auntylah :D Apa pun,yang pentingnya bukan lah dapat atau tidak duit raya,jumlah duit raya tetapi pada Hari Raya ni,kita cuba eratkan lagi silaturahim kita,perbaiki segala kekurangan dalam hubungan kita dengan masyarakat,keluarga dan mungkin menambah lagi kenalan baru :) Maaf Zahir dan Batin andai In pernah melukakan hati mana-mana pembaca yang datang berkunjung di sini ye :) Seriously,sepanjang In berblogging,tak pernah In niat nak lukakan hati mana-mana pihak. Tapi apa boleh buat,pemikiran dan hati orang kita tak boleh nak kawal. Berdoa je agar Allah jaga tangan In yang menype ni agar tak tulis apa-apa yang boleh melukakan hati orang,Allah jaga hati dan pemikiran orang yang datang berkunjung agar tidak memikirkan bukan-bukan dan merasai apa-apa yang tidak enak sepanjang membaca apa-apa yang dipostkan oleh In ... Sekali lagi terima kasih semua dan maaf untuk segalanya !!! Lots of love from me ! <3
:: NN ::
Kata Hati : Sorry lama tak menjenguk blog kakak-kakak,abang-abang,ibu-ibu dan adik adik . Err,ayah-ayah tak de kot ? Hehe ... In busy sesangat,apa pun In pasti datang berkunjung jika kelapangan! :D Thanks!
Buat kekawan yang aku sayang sangat-sangat ni [ semua lah ;) ] aku tahu ade yang tengah berproblem kan. Chill okay ? Anything-I'm here with you you youuuuu and YOU ! ;D Tau tau ?? Semangat! Kita kejar apa yang patut kita kejar sekarang,hal lain after SPM wokayyy ? In syaa Allah :D Pu yao ku,siao la! :D Wo teng ni ni ni niiiii <3 Hahaha XD