Sunday, May 3, 2015

Merajuk

Assalamualaikum

Hi there! Ni hao ma? ;) I am back! Okay just straight to the point. Main topic is MERAJUK. Hmph... Merajuk bukan satu masalah tetapi yang dijadikan masalah dengan siapa yang kita merajuk tu? Yang mana betul-betul kenal In, In memang susah nak merajuk. In rasa kalau merajuk tak dapat apa. Mungkin sebab In jenis malas nak layan hati. Hahah! Dan In juga bukan jenis nak memujuk orang lagi-lagi kalau kawan lelaki yang merajuk. Kawan perempuan, nak tak nak kenalah juga pujuk kan. Bukan salah. Loool! Tetapi kalau ajnabi ni nak merajuk dengan In,tolonglah -___-. Tak ada masa nak layan merajuk kamuuu! Memang kena tinggal dengan In. Muahahah!

To make this simple,macam ni. Perempuan tak manis nak bermerajuk dengan ajnabi ni. Kenapa? Sebab ajnabi! Dah kenapa dengan ajnabi? Ikhtilat! Kan pernah sembang dulu pasal ikhtilat. Dah tu merajuk ni sebenarnya ada sedikit elemen kemanjaan tau. Sedap la lelaki tu dapat manja-manja kita perempuan. Dah tu nanti suami nak dapat apa? Sobs! Jadi tak manis lah,tak eloklah nak merajuk dengan ajnabi ni. Lelaki ni jenis yang main layan je,ye kan? Susah nak jumpa kalau perempuan merajuk dengan lelaki, dia bagi last seen. Hahahah! Perempuan kena tahu,kena kawal perasaan. Dari segi emosi memang kita lemah tetapi kita perlu jaga,jaga untuk diri maruah kita juga. Kalau nak 'mendera' lelaki dengan sifat merajuk tu,biarlah dengan suami sahaja. Sweet la kot! HAHA!

Same goes to the boys! Si ajnabi pun tak manis nak merajuk dengan kami perempuan ni. Lelaki buat cara lelaki. Gagah khalifah dibumi mengalas tanggungjawab sebagai pemimpin wanita. Jiwa tu kena perkasakan! Kalau lelaki nak merajuk sama dengan perempuan,nak pimpin ke mana? Hanyut laaa hanyuttt... Tak sukalah tengok lelaki lembik macam tu. Bukan nak kata lelaki ni tak perlu ada perasaan macam tu, tetapi biar bertempat. Biar tempat merajuk tu kena dengan kita. Halal dengan kita. Nak merajuk dengan anak dara orang dah kenapa? Pi bawah ketiak Mak lah baru sweet. Hahaha. Tak perlu nak jadi atau acah-acah berjiwa macam perempuan sangat. Lelaki ni sebenarnya utuh emosi dan pemikirannya. Sebab tu pemimpin! Ni kalau hati macam perempuan, fikiran pun terjejas. Rasionalnya entah kemana! 

Jadi setakat itu sahaja saya ingin kongsikan pendapat saya yang serendah-rendah pengetahuan ni. Saya suka observe, dah lihat banyak tetapi kita tak boleh nak ubah orang. Yang hanya saya mampu buat kemukakan apa yang saya dah lihat kita pada zaman ini dan hanya mampu mengajak untuk reflect siapa kita pada fitrahnya. Fitrahnya kita ini bagaimana? Dah tahu fitrah kita bagaimana, cara untuk kita menjaga dan kawal bagaimana? Step by step faham satu-satu in syaa Allah molek dalam luar kita. Molek lah kehidupan kita. Nak molek luar, dalam kena start dulu beroperasi. Barulah terpancar kemolekan kita diluar juga. Molek noh molek. Saya minta diri dulu. Fi hifzillah. Assalamualaikum wbt

:: NN ::


Saturday, May 2, 2015

End Of Foundation

Assalamualaikum

MasyaAllah sisters and brothers... Lamanya ana menghilang... Hahah. Ampunnn ;) Saya baru habis perjuangan asasi sejak lebih kurang 2 minggu yang lalu. Alhamdulillah. Tunggu result,interview, dan urusan-urusan yang seangkatannya. Ada rezeki,ada lah dapat apa-apa,mana-mana untuk degree bulan September. Doakan! So,maaflah tak update blog terus selepas bebas daripada kehidupan asasi! Walaupun dah habis,banyak benda lain nak buat. Unpacking barang dari hostel satu hal. In pun sebenarnya baru pindah ke rumah baru,so kena unpacking barang dari rumah lama juga (sampai sekarang tak jalan sangat tu) Hehehe. Lepas tu dalam 1 week holiday kejap dengan family di beberapa negeri. Explore lah time-time ada masa ni supaya tak mereput di rumah,ye idak!? In syaa Allah saya akan kembali secepat yang mungkin dengan post yang ilmiah dan bermanfaat untuk kita semua. Macam ada idea nak cakap pasal apa. Actually banyak! Nak cerita juga time-time holiday,time-time tengah feeling cintan cintun sebab umur pun dah masuk 19 tahun :P. One year to go untuk merangkap masuk 20-an. Oh my! Hahaha. In syaa Allah. Yang penting doakan agar kita semua sihat dan bertenaga...! I'll be back again for more info ye. In syaa Allah... Have fun! Have a great day ahead! Fi amanillah wa assalamualaikum wbt!

:: NN ::

Tuesday, February 3, 2015

Seksi

Assalamualaikum

Tahu tak seksi lelaki dan perempuan berbeza? Dari segi pemerhatian saya,persamaannya mungkin tergoda tetapi seksi perempuan itu menjolok mata dan terdedah auratnya manakala lelaki jarang-jarang seksinya terdedah aurat. Kadang-kadang seksi lelaki itu boleh jadi dia yang memiliki tangan yang berurat. Ada juga mendefinisikan lelaki yang terlalu kusyuk membuat kerja juga seksi. Ada juga dengan melihat cara pemakaian mereka yang segak seperti ber-kot dan sinsing lengan baju. Sangat banyak jika ingin disenaraikan. Tetapi adakah contoh yang diberikan itu merupakan aurat lelaki? Tidak. Tangan bukanlah aurat mereka. Juga seperti contoh yang lain. Ada ke keseksian perempuan itu didefinisikan sebegitu rupa? Tidak. Jika ada sekalipun,tangan perempuan itu aurat. Jika perempuan keseksiannya,Allahu….jangan dibilang buk. Faham-faham sendirilah,dah besar. Walaupun lelaki keseksian mereka tidak terdedah, tetapi boleh membuat hati para hawa berbunga,jantung berdegup kencang,mata tidak berkelip. Kesannya hampir sama seperti para adam yang melihat perempuan seksi. Nikmat itu jangan kata. Adududu. Tetapi ingatlah, boleh terjebak dengan zina hati walau sekuman. Iman juga boleh goyah. Jadi,jagalah pandangan mata ye? Baru hati terjaga,tidak mudah jatuh hati kepada sebarangan lelaki atau perempuan. In syaa Allah jika kita cuba,Allah akan tolong :) Ini buat peringatan diri dan kita semua. Jom perbaiki diri! Saya ajak! ^_^


:: NN ::