Okay,ni untuk engkorang yang baru habis SPM kan,lepas tu nak buat research kan? Lepas tu pening kepala pula bila search Undang-Undang ada yang Undang-undang KPTM dan ada yang Undang-undang UiTM. Okay ni siapa yang rasa nak sambung kat UiTM atau nak mohon kan. Well,memang ada perbezaan Law KPTM dan Law UiTM.
1) Tempat
Law KPTM ada di Shah Alam. (Di Merbok sekarang tak pasti)
Manakala Law UiTM ada di Shah Alam,Merbok dan Kuantan.
2) Semester
Law KPTM dan UiTM mempunya semester yang sama iaitu 2 semester bersamaan 1 tahun asasi. Sebenarnya tak sampai 1 tahun pun. Heh heh...
3) Pointer
Law KPTM perlu mencapai 3.5 untuk sambung di UiTM ketika degree manakala Law UiTM hanya perlu 3.0 untuk sambung degree in Law di UiTM. Kalau nak masuk universiti lain,kena tengok syarat diorang lah. Pengiraan sebenarnya adalah nanti final exam semester kedua,untuk sambung degree in Law...Dua subjek Law terbaik semester satu dan semester dua akan digabungkan. Pointer itu yang diambil kira. Bukan pointer keseluruhan termasuk subjek yang tiada berkaitan dengan Law seperti CTU (subjek agama),CSC (komputer) dan ELC (bahasa).
4) Degree
Untuk sambung ke degree... Law KPTM perlu memohon semula di UPU untuk sambung degree manakala Law UiTM tidak perlu kerana mereka sudah mempunyai tempat. Kerana mereka under UiTM. Law KPTM boleh sambung untuk degree dimana-mana. Tidak terikat. Best apa? Hehehe. Saya Law KPTM. Hahaha. MUET at least band 4 ye adik-adik untuk sambung degree in Law. Jangan risau pasal MUET,nampaknya tahun ini ramai juga dapat band 4. Chill.
5) Subjek Semester Pertama (7)
- CSC 134 : Computer And Information Processing
Ini akan belajar mengenai komputer. Sedikit sebanyak mengenai software dan sebagainya.
-CTU 085 : Islamic World View
Namanya je world view tetapi tak sangat pun. Sebasic-basicnya. Boleh scorelah,jangan risau. Mehmeh...
- ELC 080 : English For Foundation Studies
Ni korang akan belajar macam mana nak jawab MUET juga. Pendek kata,ni subjek English. Hahah
-ELC 091 : Critical Reading And Reasoning For Foundation Studies
Ni pula akan belajar macam mana nak berforum,debate. Macam mana nak kenal pasti artikel mana kuat dan lemah. Macam-macam. Best-best... eherm...
-LAW 012 : Introduction to Law I
Ni akan banyak belajar theory law daripada Aristotle bagai.
-LAW 016 : Introduction to Malaysian System of Government And Politics
Subjek ni pula banyak pasal history la. Senang kata ni macam subjek Sejarah. Perlu ke nak bawa buku Sejarah Form 5. Bagi saya,tidak perlu kalau bebudak Law. Kalau TESL boleh la. Membantu lah juga. Lol.
-LAW 038 : Legal Research And Information Processing Skills
Subjek ni belajar macam mana nak buat research,procedure dalam kes,dan sedikit sebanyak belajar mengenai library. Senang score,betul. Tetapi nasihat saya,kena baca semua ye. Kadang-kadang memang tiba-tiba keluar tak sama sangat dengan past years questions X'D
6) Subjek Semester Kedua (8)
-CTU 086 : Fundamentals Of Shari'ah
Ni kira macam subjek agama jugalah. Tetapi lebih dekat dengan Law sikit. Haa...
-ECO 099 : Introduction To Economics
Nama pun Eco,mesti belajar pasal ekonomi. Kalkulator perlu. Graph paper perlu.
-ELC 092 : Communicative Skills For Foundation Studies
Ni dalam kelas memang cakap,cakap,cakap... Untuk kita lebih berani cakap di depan, dan fluent in English. Forum and debate juga ada dalam kelas ni.
-ELC 093 : Academic Writing For Foundation Studies
Kalau tadi banyak cakap,ni pula banyak menulis ye. Tulis,tulis,tulis.
-LAW 037 : Introduction To Law II
Subjek ni macam ada balik apa yang dah belajar dalam subjek Law yang lain. Kebanyakannya. Jadi subjek ni tak ada lah susah mana,mungkin. Lol.
-LAW 039 : Introduction To Social Psychology And Criminalogy
Dengar nama pun macam tau kan mesti belajar mengenai psychology. Best sangat subjek ni. Hehehe
-LAW 087 : Introduction To Law III
Subjek ni akan belajar macam apa tu Criminal Law,Tort Law and Contract Law...
(SUBJEK INI AKAN DIMANSUHKAN UNTUK BATCH SETERUSNYA DIGANTIKAN DENGAN SUBJEK LAIN YANG SAYA SENDIRI TIDAK TAHU)
(SUBJEK INI AKAN DIMANSUHKAN UNTUK BATCH SETERUSNYA DIGANTIKAN DENGAN SUBJEK LAIN YANG SAYA SENDIRI TIDAK TAHU)
-LAW 088 : Contemporary Global And Legal Issues
Ni lebih kurang macam isu semasa juga lah. Apa terjadi sekeliling.
Semua subjek diajarkan dalam Bahasa Inggeris kecuali subjek CTU (agama). Untuk hafazan,semester 1 Surah Al-Mulk dan semester 2 adalah Surah As-Sajadah. Soalan lepasan SPM ni mesti macam,kelayakan nak mohon Undang-undang ni apa eh? Paling rendah 4A lah... 3A tu tak pasti pula... Dan Matematik memang kredit. Kredit tu C ke atas lah~ Lagi,susah tak belajar Law ni? Erm,dik...belajar apa-apa pun susah ye. Tak ada yang senang. Nak senang,kena usaha. Ho yeah~ Lagi...tak pandai speaking sangat,boleh ke masuk? Jangan risau,boleh saja. Akan diasah bakat itu. Acewah. Spesis mana yang rasanya selalu ambil Undang-undang ni? Spesis yang punya cita-cita nak jadi peguam ke,prosecutor ke,atau nak masuk sains politik ke... nak sambung bisnes,kaunselor/psikologi ...ini boleh jadi platform yang cepat. Sebab Asasi. Lagi spesis yang tak berapa suka matematik,boleh lah. Yang dah jemu Sains...tak mau dah belajar Biology,Chemistry dan Physics? Ini tempatnya. Muahahaha... Yang suka membaca? Erm,lebih kurang ini juga tempatnya. Hahahaha. Terasa lama tak study Asasi ni? Sekejap sangat kalau nak dibandingkan dengan diploma haa. Lagi-lagi kalau UiTM yang banyak sangat cutinya,tak terasa pun. Tup-tup dah finals,dan graduate. In syaa Allah. Jadi,selamat maju jaya semua! Jangan risau,baik-baik pensyarah di UiTM ni. Hebat-hebat belaka. Lagi-lagi yang ambil kos Undang-undang...Pensyarahnya ada bekas peguam,ada bekas inspektor bagai. Sangat berpengalaman,bukan? Haa... fikir memasak. Istikharah. Fi amanillah,assalamualaikum.
:: NN ::
