Sunday, July 6, 2014

Mixed : My RARE Crazy Not Crazy Mode (Limited Edition)

Assalamualaikum

Hi semua,ni hao...sihat? :) Sebelum nak sambung baca articles untuk assignment yang lagi 3 minggu nak kena hantar,dengar lagu dulu. Apabila dah dengar lagu mula feel nak update blog. Ngeh. Well... just something randomly mixed to say or share. Malam-malam macam ni kadang-kadang yang tak berapa jiwang jadi jiwang separa. So yeah I'm on. Haha. 

Know whattt, sebab kita sendiri ada perasaan so kita perlu jaga hati orang. To me orang yang sering menyakitkan hati kita sebenarnya dia ada hati tetapi tak berfungsi. Tetttt. Kalau dia ada hati,dia tak kan nak menyakitkan hati kita kan sebab dia sendiri tahu sakit hati tu bagaimana. (Tiada kena mengena dengan pengalaman diri saya). Just randomly saying this. Haha.

Knowww whattt, bila kita rasa penat setiap hari kita lupa untuk menyoal dan reflect diri kita. Kita letih sebab  banyak beribadah atau bermaksiatan? Sometimes kita rasa macam baca Al-Quran,solat sunat semua dah but there's still something wrong somewhere and you don't even have the idea why. Mungkin rasa diri dah bagus? Mungkin rasa dah sempurna amal atau ibadat kita? Mungkin kita buat semua tu but tengok orang lain tak buat and kita macam pandang rendah dengan orang tu? Ingat,bila berjumpa dengan orang anggap saja mereka lebih tinggi daripada kita,hebat daripada kita. 

Cinta. Know whattt, kita semua rasa kena cari pasangan yang saling mencintai atau mencintai kita atau kita cintakan dia tetapi sebenarnya tanpa cinta juga boleh terjalinnya hubungan dan bahagia dan dirahmatiNya. Sebenarnya nak cari cinta setelah berkahwin tu mudah. Pasangan yang baik buat diri kita adalah apabila kita memandangnya kita rasa tenang dan bahagia kan? So yeah,chill.

Know whattt,most of remajas (amboi manglish kau) kuat berimaginasi,bermimpi,berangan which is good. But that's it. Tak cuba berusaha merealisasikannya. Kalau ada pun kadang-kadang separuh jalan dan lupakannya. Then bina yang baru. Then akan berulang...berulang...dan berulang... Matlamat tak jelas. Well,azam yang kononnya memang berazam but masih tak tertunai azam tu... Well tu azam bermimpi namanya. Kihkih. Tak pe,cuba bawa azam tu tahun depan ke tahun depan dan seterusnya *ini perli,serius*. Hahah :p

Know whatt,apabila kita cuba berbincang akan sesuatu perkara dan ia melarat hingga berbau debat. Itu kerana dalam perbincangan itu terlalu terbawa-bawa emosi dan diri tu terlalu descrete tak boleh terima dah pandangan orang lain. If you that type of person,jangan masuk kumpulan perbincangan tetapi kumpulan perdebatan. Berdiri dengan pegangan mu sehingga mati kutu pihak lawan nak lawan. But yeah,kalau point lemah pun tetap pihak lawan menang. So anda jenis yang berbincang atau berdebat pun kena open-minded okay. Kena positifkan diri bahawa dalam perbincangan tiada kalah menang dan dalam perdebatan ada kalah menang tetapi tak semestinya yang kalah itu the loser just point tak kuat. Cuba lagi lain kali. Chill. ( I just randomly typed and now i don't even know what I just said.. Hahahah. Do not take it seriously. But if it makes sense so yeah. Stay calm. I'm on my crazynotcrazy mode right now.)

Knoww whattt,teringat kata seorang kenalan ni. Kita selalu teranggap kenalan kita tu sebagai kawan kita. Tahu tak ada perbezaan kawan dan kenalan? Kalau korang satu sekolah tetapi tak pernah berbual diluar,tak cuba mengenal each other kat luar. Hanya IT semata-mata sebagai medium penghubung,itu bukan kawan tapi kenalan. Hahah. But still I'm okay with it kalau nak anggap In kawan korang even tak pernah berborak secara realiti,hanya maya. Hahahaha. But In actually dari dulu dah berpegang. Berkawan adalah yang kita pernah berjumpa,meluangkan masa bersama diluar,bercakap secara realiti dan kenalan adalah sebalik semua tu. Hahaha. But again,kalau korang sedih dengan istilah kenalan sebab tiada keberanian nak cakap dengan In,well boleh bagitau. In akan kata korang kawan In. Hahaha. No hard feelings,I'm okay with it :))

Knowww whattt,siapa kawan kita itulah diri kita. Well,macam mana yang bergaul dengan semua jenis manusia? You have to figure it out dengan siapa paling banyak meluangkan masa,dengan siapa bila bersamanya akan rasa tenang. Kalau korang rasa tenang bergaul dengan penculik well...yeah that's the real you .__. 

Know whatttt,perlu ke mengaku suka seseorang itu bila dah suka? Perlu tahu jenis bagaimana orang yang korang suka. Ada yang tak suka disuka senyap-senyap. Ada yang tak suka dia dapat tahu korang suka dia sebab kekawan dah kecoh (ni kes cerita kat kawan sebelum nak luahkan kat orang dia suka) Selalu berlaku time sekolah. Sigh. Annoying sangat. Hahaha. Ada yang nak korang simpan je perasaan tu jangan bagitau,jangan bagi clue. Ada yang macam lantak kau lah nak buat apa dengan perasaan tu -.- ... (obviously not me okeh) Hahah. I'm what kind of person in this case? Find out by yourself . Hahahaha. Bajet je. Sorry. Like I said,mycrazynotcrazynight...huhu

Knoww whattt...there's a lot more to share to talk to ....to.....whatever to. yang seumpamanya. But yeah...my articles are waving. Say hi to them all. I've to go. Tomorrow in syaa Allah In akan update post mengenai ceramah yang pernah In pergi lagiiii :)) I love sharing sebab tak semua orang bernasib baik dan berpeluang dapat pergi ke taman syurga. I know how it feels :< ... Alhamdulillah sekarang banyak peluang :) Just grab it! Kalau ada dengar Qarin cakap "tak payah pegi.partayyy dengan aku dalam bilik". Tampar je Qarin tu... .__. ~ But wait,before that.... kebelakangan ni banyak berlaku histeria di kolej In and yeah doakan In dan rakan-rakan lain dijauhi gangguan sebegini rupa. Huhu. Semua jangan takut! Jangan tension! Stay style,stay cool and be seawesome yang boleh. Errr... if you can link those to histeria well you are genius. Hehe. Wokay,fi hifzillah. Salam wbt :)

Conclusion : Ini bukan post jiwang.

:: NN ::



4 comments:

  1. haha kak in.... you are the first one yang kita pernah kenal tahu bahawa ada perbezaan antara kawan dan kenalan. tapi bagi ritz... ahaks ada lain dari maksud kak in.

    Ritz jenis tak berapa nak rapat sangat dengan orang. kut? ehem.
    1. Kenalan : macam yang yang kak in kata... kita cuma jumpa. nampak. bye bye.
    #ekstra : Serapat macam manapun ritz dengan seseorang tu masih belum dikira kawan.

    2. Kawan : Say hi-hi. Bye-bye. Kutuk. dengki. mengumpat. rindu. benci. sayang. Argh semua tu ada dalam kawan. tapi tak semestinya ritz kawan giler2dengan orang tu dia kawan ritz.

    3. kawan baik : Sama macam kawan. Tapi bila dia tinggalkan kita. Heh. Kita akan rasa sakit hati sangat2!

    4. Sahabat : Sebuah persahabatan yang tulus dan boleh buat giler2. ( masih menunggu. Masih adakah? )

    Ehem sorry panjang sangat. Tapi itulah. Ritz jugak nak kata. Kadang-kadang kita sendiri tak sedar apa yang kita katakan tak sama dengan realiti dunia kita dan kita jugak sendiri kadang2tak sedar yang kita ada benda yang kita inginkan.

    Wow panjangnya komen. BTW... Kak in cerita yang kak in anggap seseorang kawan maya sebagai kenalan sahaja kan? Bagi ritz lain. Kalau boleh ngam dengan kita itu kawan kita. Tapi! kita kena sentiasa anggap bahawa personaliti dia berkemungkinan besar berbeza dengan realiti. Supaya! Supaya kita tak rasa sedih atau sakit hati di kemudian. Sekian terima kasih. Assalamualaikum :)

    |> mood : ayat putaq alammm~

    ReplyDelete
  2. whhooops.... kalau ritz. kawan tu ada banyak pecahan. memang pening. Lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha terima kasih ritz :D
      Bagi kak In,kawan,kenalan,sahabat (best friend),kawan karib tu berbeza :)
      Semua orang boleh buat definisi sendiri soal ni tapi make sure orang kita berhubung tu tahu kita ni bagaimana supaya mereka tak terluka hati. For instance,kalau diorang anggap ritz ni kawan diorang tanpa mengetahui sebenarnya ritz anggap diorang sebagai kenalan...kesian diorang sebab persepsi kita kan berbeza. So cuba terangkan kepada kekawan,kenalan kita ^^,

      Delete
    2. hahaha selalu cuba. tapi dia orang tak faham. dan tak nak faham. isk isk....

      Delete