Hi semua. Apa pun yang In kongsikan ini dikreditkan juga kepada Ustaz Haslin Bollywood =)
Lama benar kata nak berkongsi soal hiburan tetapi atas kekangan masa asyik menangguh saja dan didahulukan ceritera yang lain untuk dikongsi diblog ini. Maaf lama menghilang. Ada saja,cuma masa-masa diisi dengan urusan lain. Esok In akan bertolak ke Kuala Lumpur dan menginap di rumah saudara In. Ahad akan berangkat ke Shah Alam untuk pendaftaran dan bermulanya Minggu Destini Siswa (MDS) lebih kurang orientasi selama seminggu. Laptop akan dibawa bersama maka berdoalah agar barang-barang berharga yang In bawa selamat,tiada timbul isu kecurian. In syaa Allah. Aamiin.
Hiburan? Kita manusia sudah menjadi lumrah untuk rasa ingin berhibur. Hiburan merupakan fitrah. Jangan kata zaman ini sahaja,sejak zaman Nabi SAW sudah ada hiburan. Itu hold on dulu ;)) Apakah jenis-jenis hiburan? Banyak. Hendak disenaraikan tak tersenarai nanti. Ada yang suka menyanyi. Menyanyi? Boleh tetapi asalkan lagu-lagu yang baik dan tidak melaghakan. Ada mak-mak kita,makcik-makcik suka buat koleksi pinggan mangkuk. Itu bagaikan hiburan buat mereka. Tetapi janganlah sampai membazir,tidak digunakan. Jangan sampai ingin beli bertujuan menunjuk-nunjuk. Nanti takut timbul sifat riak,ujub dan takbur. Pakej tu ye. Haha.
Majlis? Tidak kira majlis Hari Pekerja ke,majlis bersara ke dan seumpamanya jika elok biarlah didahulukan doa. Kerana apa? Kadang-kadang majlis ni ada yang hiburan yang berlebihan. Pergaulan yang campur tanpa batasan. Jadi elok dimulai dengan doa dalam acara majlis sedemikian. Selepas itu jika ia berlebihan sampai menari berpegangan,berpelukan sebagainya elok kita pergi daripada majlis itu. Nak tinggalkan majlis itu pun kena cakap elok-elok,beri alasan yang baik-baik jangan sampai menyakitkan atau biadap. Bagaimana pula dengan sambutan Hari Lahir? Selalunya ibu bapa menyambut dengan kek ada lilinnya,tiup berlagu Happy Birthday semata-mata ingin hiburkan hati anak sahaja. Well,setiap ibu bapa ada cara masing-masing tetapi ingat anak yang dilahirkan fitrah dan ibu bapa yang mencorakkan anak-anak yang diibaratkan kain putih. Bagi pendapat In,kalau dari kecil kita buat majlis cara berbeza,tidak sebegitu rupa,anak-anak tiada bantahan kerana sudah terbiasa dengan cara keluarganya menyambut. Contoh cara lain,adakan ceramah. Lagu biarlah Happy Birthday itu digantikan dengan lagu Allah Selamatkan Kamu. Cucuk-cucuk lilin atas kek,tiup kalau boleh tidak perlu. Tetapi jika nak juga jangan sampai menyerupai orang Majusi. Kadang-kadang kita tak sedar kan. Dan elok diakhiri dengan doa.
Dalam tandas pula,jangan nyanyi lagu-lagu ke arah keTuhanan segala. Kena tengok tempat. Tak molek ditandas nak nyanyi macam tu,nak zikir bagai. Masuk tandas bacalah "Allahummainni a'uzubikaminal qubusiwalqabaai's" (Ya Allah,sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari gangguan syaitan jantan dan betina) . Bila keluar pula cukup sekadar zikir "Alhamdulillah" . Jangan setiap kali buat apa-apa dalam tandas asyik sebut alhamdulillah. Lepas keluar tandas baru sebut.
Apakah hiburan yang ada pada zaman Rasulullah SAW? Pada ketika itu kejayaan,perang merupakan hiburan. Bagi sahabat Nabi SAW,main panah merupakan hiburan. Rasulullah SAW pula berhibur dengan lawan pedang dan juga pertandingan lawan pedang. Ada satu ketika itu juga,Aisyah isteri Nabi SAW naik atas bahu baginda,pijak melecet bahu Nabi SAW kerana melihat perlawanan seakan-akan sumo iaitu perlawanan jatuh badan. Yang berlawan itu orang-orang kulit hitam,Afrika. Nabi SAW juga sebenarnya suka lawan jatuh badan. Baginda pernah berlawan seramai 10 orang dan menjatuhkan badan kesemuanya lalu menang. Allahu. Betapa gagah dan kuatnya Rasulullah SAW. Stay fit! Tidak lupa juga Nabi SAW suka dengan ayat Al-Quran dan berqasidah. Sahabat Rasulullah SAW bernama Hasan bin Tsabit. Ketika Nabi SAW lahir berumur 7 tahun. Pada masa itu sahabat bukanlah orang Islam. Tetapi setelah memeluk Islam,sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW,"Ya Rasulullah,bolehkah aku bergurindam,syair?" Ini keranan sahabat merupakan seorang penyair yang dulunya syairnya menceritakan soal perempuan. Tubuh badan mereka dan sebagainya. Lalu Rasulullah SAW berkata,"Boleh tetapi dengan syarat syair itu kearah keTuhanan."
Ada ketika isteri baginda Aisyah dan wanita lain menyambut Hari Raya dengan muzik segala. Abu Bakar melarang dengan berkata ini tidak betul,amalan syaitan. Lalu Nabi SAW berkata biarkan sahaja mereka kerana itu satu hiburan bagi wanita. Allahu,begitu prihatin dan memahaminya Rasulullah SAW. Namun tidak lupa hiburan dan gurauan ada batasannya. Jangan sampai melangkauinya. Sebagai contoh zihar. Zihar adalah menyamakan tubuh badan isteri dengan seseorang seperti ibu kepada suami. Contoh suami berkata kepada isteri,"Belakangmu menyerupai belakang ibu ku." Selalunya disebut tubuh badan dan belakang. Ini tidak boleh walaupun bergurau kerana ditakuti dia bersama isterinya tetapi membayangkan ibunya. Haram. Seolah-olah menyetubuhi ibunya sendiri. Sama juga dengan pasangan yang baru berkahwin haram sama sekali membayangkan pasangan masing-masing dengan bekas kekasih lama. Main-main talak cerai juga tidak boleh. Sekali kata jatuh terus talaknya. Begitu juga kahwin,jika cukup syarat walaupun main-main tetap sah. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata? Sila sambung sendiri ;) . Begitu juga ada gurauan senda berbunyi :
Rakan A: Aku ni jahatlah. Kalau aku mati nanti guna kain kafan buruk-buruk.
Rakan B: Kenapa?
Rakan A:Nanti malaikat tak soal aku sebab nampak kain buruk sangat,lama. Malaikat tak tahu aku baru mati. Hahahaha.
Haip! Tak boleh. Bergurau berpada-pada jangan sampai memasuki soal hukum. Begitu juga jangan sama sekali bergurau kata muka seseorang seperti binatang. Tidak baik. Jadi berhibur boleh tetapi jangan melampau dan lari daripada hukum syarak. Bergurau ada batasnya dan sentiasalah memperingati Allah SWT agar terhindar daripada sesuatu yang sungguh melaghakan dan membawa maksiat. Ingat banyak ketawa hati mati :) Salam,fi hifzillah.
:: NN ::