Saturday, July 27, 2013

Amalan Untuk Musnahkan Sel Kanser

Assalamualaikum

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca boleh sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya

Selain dari itu, bolehlah jika ingin menjadikan SARI AgeGard sebagai salah satu alternative untuk penyembuhan sel KANSER.

Insyallah.

Kita usaha dan berdoa,seterusnya berserah sahaja kepada Allah SWT ..

:: NN ::

Sunday, July 21, 2013

Kunci Alam Ghaib

Assalamualaikum

Rasulullah s.a.w. bersabda: " Kunci sesuatu yang ghaib itu ada 5, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Allah sahaja yang mengetahui; tiada siapa mengetahui alam rahim, melainkan Allah; tiada siapa yang mengetahui apa yang akan berlaku hari esok, melainkan Allah; tiada siapa yang mengetahui bila hujan akan turun, melainkan Allah; tiada siapa yang mengetahui di bumi mana ia akan mati, melainkan Allah; tiada siapa yang mengetahui bila akan berlaku kiamat, melainkan Allah." 

(Hadis Sahih Riwayat Imam Bukhari). 

Oleh itu saudara-saudara seIslamku, tingkatkanlah ketaqwaan kita dan sentiasalah bertaubat kepada Allah S.W.T.

:: NN ::

Tuesday, July 16, 2013

John Ridley

Assalamualaikum

Tuesday, July 2, 2013
Dugaan seorang wartawan BBC yang memeluk Islam

Betapa besarnya ujian seorang wartawan British yang masuk Islam. Keislamannya bukan hanya ditentang oleh keluarga juga sukar untuknya mencari wang untuk sara hidup.

Namanya John Ridley. Da dilahirkan dalam sebuah keluarga Nasrani. Dia rajin ke gereja setiap minggu bersama orang tua dan saudara perempuannya. Namun, semakin bertambah usianya pemikiran John pun semakin kritikal. Banyak soalan dari hatinya mengenai Tuhan dan kebenaran agama yang tidak menemui jawapan tersebut di gereja.

Hingga tibalah saat itu, ketika John mendapatkan kesempatan untuk mengenali Islam. John diterima di BBC Worldwide sebagai wartawan untuk dihantar ke Timur Tengah. Sebelum berangkat ke Timur Tengah, John berkenalan dengan seorang Muslim ketika sedang menjalani latihan broadcasting dan jurnalistik BBC. Dia juga mempelajari Islam sebelum berangkat ke Timur Tengah dan berinteraksi dengan umat Islam di sana.

John ditugaskan di Oman. Di sana dia bebas bercakap dengan umat Islam, membolehkanya dia berbual tentang Islam selain aktif membaca sastera Islam. Hidup John mula berubah, dia sudah menemui jawapan yang dicari selama ini.

"Aku berpelung bertugas di Timur Tengah selama enam bulan. Itu adalah pengembaraan pertama yang menakjubkan yang pernah ada dalam hidupku," kata John Ridley, menceritakan kisahnya menemui hidayah.

Di Timur Tengah itulah, setelah menyedari kebenaran Islam dan menyaksikan secara langsung kehidupan muslim di sana, John mengucap dua kalimah syahadah.

Perjuangan Mempertahankan Islam

Masuk Islam bukanlah perjalanan mudah bagi John Ridley. Ketika pulang semua ke Britain, John mendapati keluarganya menentangnya. John terus mendekati keluarganya, tetapi mereka tetap berkeras. Di negeranya sendiri, John juga mula sukar untuk mendapatkan pendapatan.

Ketika itu barangkali adalah saat-saat yang paling sukar dalam hidup John. Tetapi, Allah tidak membiarkannya sendirian. Allah membukakan jalan kepada John. Sebuah stesen radio Arab Saudi memintanya menjadi seorang wartawan selama pencerobohan AS ke Iraq pada 2003. John menerima tawaran itu. Dia terbang semula ke Timur Tengah.

Mula bertugas di Saudi selepas itu John berpindah ke Malaysia iaitu di KL. Makin bertambahlah pegetahuannya tentang Islam. Lapan bulan kemudian, dia kembali semula ke Timur Tengah. Negara yang telah dia kunjungi dalam 30 tahun terakhir ini iaitu Lebanon, Oman, Yaman, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Bahrain, Iran dan Jordan.

Pengalaman John hidup puluhan tahun di Timur Tengah menjadi kekuatan tersendiri bagi profesionnya sebagai wartawan, penyiar dan penulis. Pengetahuan dan pemahamannya tentang dunia Islam dinilai luar biasa.

Membela Palestin

Menulis menjadi senjata John untuk membela Palestin. Dalam pelbagai tulisannya, John menyeru hak warga Palestin.

"Kemanusiaan, perdamaian, perlindungan anak, diajarkan dalam Islam. Bagaimana saling mengerti antara manusia dan hidup berdampingan. Saya benar-benar beruntung menemukan Islam," ujar John bersyukur.

Namun demikian, pembelaan John untuk Palestin tidak hanya diwujudkan melalui tulisan. Dia juga turun padang menyampaikan pidato di kem-kem pelarian Palestin.

Menulis, bagi John, bukanlah masalah menghasilkan wang. Apalagi menulis untuk membela hak-hak kemanusiaan di Palestin dan dunia Islam. "Kita memang memerlukan wang. Tapi, ada hal yang lebih penting yakni manusia dan kemanusiaan. Saya tidak mau hanya diam, sementara orang-orang di luar sana telantar dan kesusahan. Saya sangat mahu menjadi sebahagian untuk membela mereka," kata John menegaskan misinya .

والله أعلمُ بالـصـواب

:: NN ::

Jenis dan pembelian novel di sini keluaran Fixi/Lejen Press : Novel-Novel Gempak

Saturday, July 13, 2013

Ingat Sebelum Kena

Assalamualaikum ..

Ingat Sebelum Kena.. 

1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, 
sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! 
Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu unsur yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C! 
Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Cuba yang ni bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh" (babi). Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging
babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari sana. Fakta diperolehi dari 'Health Corporation of Singapore'.

4. Barah akibat penggunaan bahan dalam shampoo. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah;
VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru
keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera, Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Terdapat salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk endapat barah'. Kalau istilah James Bond, 'Licence to kill!'

6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat
sahaja.

Semoga kita semua dihindari penyakit-penyakit yang merbahaya itu ye. Segala yang berlaku atas kehendakNya tetapi kita juga perlu berusaha untuk menghindari agar tidak melakukan sesuatu yang mengundang penyakit-penyakit ini. Jangan lupa agar doakan kita semua agar sihat walafiat ^_^

:: NN ::

---Klik sini jika ada berminat untuk beli novel---

Thursday, July 11, 2013

Kasih Sayang Rasulullah SAW

Assalamualaikum

Rasulullah SAW bersabda:

"Malaikat Jibril, Mikhail, Israfil dan Izrail a.s. pernah berkata kepadaku:

Berkata Jibril a.s.: "Wahai Rasulullah SAW, barangsiapa yang menbaca selawat ke atas mu tiap-tiap hari sebanyak 10 kali, maka akan aku pimpin tangannya dan akan aku bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikhail a.s.:" Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku berikan mereka itu minum dari telaga mu."

Berkata pula Israfil a.s.:" Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah SWT dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah mengampuni orang itu."


Malaikat Izrail a.s. pula berkata:" Bagi mereka yang berselawat ke atas mu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh Nabi-nabi."

Begitulah kasih dan sayangnya junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW terhadap umat baginda. Dengan hanya menyebut nama baginda disamping amalan-amalan yang diperintahkan, seluruh Malaikat mendoakan kebaikan kepada kita, MasyaAllah.

Berselawatlah ke atas Nabi dan rindukan Baginda dalam hidup kita, pasti Rasulullah SAW juga akan merindui kita di sana nanti, InsyaAllah.

:: NN ::

Wednesday, July 10, 2013

JPJ Test : Re Su Lt

Assalamualaikum

Apa khabar semua ? Lama kan In tak update post dan tak blogwalking. Maaf sangat-sangat tau! Kebelakangan ni dan akan datang memang In akan busy sebab trial lebih kurang satu bulan tau!! Nak study awal-awal,khatam awal-awal supaya time raya boleh lepak sikit :P Hehehe .. Ye la,bukan mudah nak jumpa saudara-mara,cousin semua ... huhu ... rindu diorang sesangat!


Nampak picture tu ? Maka terjawablah bahawa In dah pass-ed ujian JPJ kereta!!!! Yeay! Lepas ni boleh bawa kereta dan yang penting sah disisi undang-undang. Haha. In tak pernah bawa kereta walaupun ayah nak ajar sebelum dapat lesen sebab sangatlah mengikuti undang-undang negara :P Hahah. Adakah In rakyat yang bagus ? kihkihkih... Dan semoga sepanjang In bawa kereta ni,harap-harap selamatlah ye. Haha. Terima kasih kepada Encik JPJ yang sangat membantu saya dalam meluluskan saya. Teehee.... Bagi sesiapa yang bakal mengambil ujian tidak kira QTI atau JPJ terutama kepada sepupu saya,just do it!!! Semoga berjaya ye! In waktu QTI ketaq benornye...Waktu JPJ sangatlah relax okay. Walaupun ada buat silap. Opps :P Hahaha... So tips untuk tak ketaq and stay cool ialah sebelum korang duk tunggu nak start tu,berselawatlah daripada sembang kosong dengan orang lain! Ye ? Seriously,masuk-masuk serius tak takut langsung. Ingat tau! ^_^

More tips ?

1) Seperti In kata,datang-datang je terus duduk senyap-senyap berselawatlah dalam hati. Berdoa sungguh-sungguh kepada Allah agar ujian korang berjalan dengan lancar. Dapat JPJ baik dan cool. hehe.

2) Bila dah masuk kereta nak buat apa pun mulakan dengan bismillah. Sebelum tu!!! Ucapkan dulu "assalamualaikum Tuan/Encik bagi yang Islam atau selamat sejarahtera/pagi/tengahhari bagi yang bukan Islam. Dia jawab atau senyap buat tak tau. Anggap je diorang jawab dalam hati. hehe. Tapi In buat hari tu dia jawab dengan penuh relax. haha.

3) Seterusnya,kalau korang bukan sesi Pertama,korang akan tunggu dan dapat tengok orang lain bawa kereta. Sambil-sambil tu ternampaklah satu situasi. Situasinya ialah si A pergi test di jalan raya,of course lah dia bawa kereta. Tetapi bila mai balik tempat ujian memandu tengok-tengok bukan si A bawa kereta,JPJ tu yang bawa kereta. Maka dengan itu terjawablah persoalan di minda bahawa si A gagal. Jadi,jangan takut pula tengok orang lain gagal. Pedulikan je,diorang yang gagal,tidak semestinya korang pun gagal kan? Ce tengok yang positif. Kalau korang tengok kepada yang lulus korang pun kena yakin "aku juga pasti lulus!"

4) Sebelum naik kereta baca ayat Qursi. Kawan kata hembus kat kereta,time tu dah habis lupa nak hembus bagai. Baca je sebab tak sabar-sabar nak naik kereta cepat-cepat habis!!! Hahaha.

5) Sambil-sambil selawat dalam hati kalau korang terjumpa orang-orang yang dah test tu,boleh la tanya sikit ape dah jadi. Boleh la nak get ready. Tapi jangan risau pula kalau dia cerita JPJ dia tegas,garang!! Haa..ingat je tu JPJ dia dapat,belum tentu kita dapat yang sama. So time-time tu just relax.

6) Penting juga dengan mendengar arahan yang diberikan nanti supaya korang tak blur nanti. Sebab bila blur-blur ni nanti jadi effect bila nak bawa kereta pula kan. Iskiskisk...

7) Jangan over confident! Nanti takut terlupa apa-apa nanti macam In!!! Hehehe.. Over confident pula sampai terlupa satu step sebelum nak mula jalan ke jalan raya. Teruk kan :P

8) Haa,last but not least. Apabila korang tersilap buat ke apa dalam kereta dengan JPJ tu,termati enjin ke apa,ucapkan astaghfirullahal'azim. Supaya korang kembali tenang,ingat balik step nye and semoga saja JPJ tu bersabar dengan korang. haha. Sebab In pun ade je buat silap!! Siap TER merungut pula time duk bawa kereta "ishhhhh...." lepas tu In ingat balik.. ehhh tak baik .. terus kata "astaghfirullahalazimmmm..." Hahaha..In tak pandang pun JPJ tu. Peduli apa dia fikir. Nanti bukan jumpa dah! Time tu korang nak buat apa pun buatlah sebab bukannya akan jumpa dah pun JPJ tu nanti XD Dan time memandu jangan tengok JPJ! Nanti korang rasa nervous atau hilang konsentrasi. haha.

Haahhh,setakat tu je kot.Bila dah lulus panjatkan kesyukuran,alhamdulillah...Bila tak lulus tu jangan sedih,just move on and get ready untuk test ulang yang akan datang. Kalau ada tips lagi,In akan selitkan pada post yang lain. hehe
Selamat Berpuasa semua ! 

:: NN ::