Sunday, January 17, 2016

Chew Jetty, Pulau Pinang (UNESCO World Heritage)

Assalamualaikum

Hi semua ! I am back ! Hari ini nak update mengenai perjalanan In bersama abang sulung In pada tempoh hari di Chew Jetty, Pulau Pinang. Pernah dengar tak? Apa yang menarik sangat? Jetty je kan~ Cheh. Actually Chew Jetty ni listed as UNESCO World Heritage in Penang,Malaysia. So obviously ia menjadi tarikan pelancong dan memang salah satu tempat pelancongan di Pulau Pinang~ Pergi sana like wah, rasa kehidupan di atas air, dengan memijak papan-papan, rumah-rumah lama yang masih utuh!

Sepanjang lorong untuk masuk ke kawasan boat-boat tu ada cafe dan kedai-kedai jual souvenirs. Of course penduduk sini dan pemilik kedai semua milik orang Cina if i am not mistaken~ In sangat suka feeling-feeling tempat sebegini. Like kampung-kampung, pedalaman and whatsoever yang berkaitan. Hahahaha. So here ada few pictures of me di Chew Jetty. Akan di delete juga gambar-gambar tu. So if ada yang baru baca but tak da gambar means dah delete. Sorry in advance! Boleh google je,banyak je gambar lagi menarik than mine! ^_^






Shades on~ Panas oi! So actually ni hobi In bersama abang In. Kitorang akan tukar role. Kalau turn abang In, maka In lah photographernya~ So time ni sangat melayan perasaan sendiri... Banyak juga pelancong time ni. Omputih pun hado~ So anyways kitorang bergambar di sini saja. Tak amek gambar lorong-lorong tu semua sebab...fokus kitorang disini X'D And yeah, saja nak share, time balik tu kitorang pergi singgah makan di TheTablePenang. Time nak balik tu, terserempak dengan jalan yang unik ala-ala di luar negara gitew! Ada la kekawan ingat In pergi obersi...lol. Style tau tempat ni. Dekat area-area cafe tu. Tak ingat nama tempat ni tapi bangunan-bangunan dia style lah~ Sebagai jiwa photographer In suka tempat tuu,ceh!


So cuti sem In di isi perkara-perkara sebegini~ kuikuikui... In tak suka duduk rumah waktu cuti semester sebab bagi In kalau duduk rumah sepanjang cuti sem sahaja sama seperti duduk hostel mereput! NO. Kalau nak tau juga In dengan abang sulung In kalau berjalan, kalau jumpa tempat yang menarik untuk bergambar memang kitorang berhenti dan terus snap snap! Lol... Jiwa photographer yang tak ada perancangan sangat nak bergambar di mana X'D. Terserempak ja berhenti turun dan tangkap. HAHA. Okay, next I'll update on my 2nd trip with my friends ala-ala backpacker sebab kitorang punya budget memang berusaha paling murah on penginapan dan transportation! So stay tune! Fi hifzillah. Assalamualaikum wbt.

:: NN ::

Friday, January 15, 2016

Taman Negara Pulau Pinang | Penang National Park

Assalamualaikum

Hi semua. Maaf. Lama tak menype disini. Almaklum kehidupan degree yang penuh cabaran dan dugaan :P And hey, SELAMAT TAHUN BARU! I am unofficially 20. Please please, jangan kata In dah boleh kahwin. Tak nak lagi eh. Anda anda anda duluan ~ Hihihi... So, In nak berkongsi ceritera di mana In dan abang In bersama beberapa rakannya, telah pergi ke Taman Negara Pulau Pinang tahun lepas! Ahaks! Lambat sangat nak updatenye punnn... Time In pergi ni, sebelum In masuk degree, dan selepas In habis Asasi. Hahah. So around bulan 4 atau 5 gitu 2k15. Hohho. Semua sihat? Tak sompek den nak blogwalking lagi. Maap dehhh... Moga-moga semua sihat belaka ye. Shall we move to the next para? Ouyeah~

So, cerita dia macam ni. Kawan lelaki abang In yang sulung ngajak dia sekali mendaki menempuhi hutan rimba serta menikmati alam sekitar bersamanya. Actually, kawan dia tu tengah jadi guru sementara di sebuah sekolah dan mereka buat rombongan pelajar bersama beberapa rakan guru setugas yang lain. Sewaktu In dengar abang In cerita dengan Mak kami, maka In pun macam , "NAK IKUTTT" Sebab kitorang dapat join FOR FREE. Hahahaha. Naik boat bagai semua free okay? Hahaha. So abang In like okay jom! >_<' Maka sepanjang hari tu In tak dapat tidur langsung atas faktor yang tidak dapat di kenal pasti uhuks. Maka nak kata la, pergi sana gerak lepas subuh (sebab rombongan sekolah kan kena ikut masa sekolah. Selalu 7.30 pagi cemtu kenai kumpoi dah~). So yeah, iols tak tidur langsung selama dua hari termasuk hari kejadian. Haha.

We at first (me and my brother) pergi singgah USM dulu sebab kat situ nak jemput kekawan abang In. Kawan abang In jemput lagi sorang kawan perempuan dia. So like 2 men 2 women. Yeeszaa. Pendekkan cerita, sampai je ke Penang National Park, kawan abang In handle senaman bebudak tu semua. Abang In, In dan lagi seorang kawan perempuan tu bebas buat perkara memasing. Maka sesi photoshoot sendiri-sendiri bermula dari situ ~ Usya satu gambar mewakili pembukaan hari ku waktu itu dulu lah eh ~ 


Lepas tu, dah habis senaman, maka kami bergerak lah untuk mendaki ~ Penat lah juga tapi personally tak mencabar mana pun. Tak mencabar langsung kot XD CEH. Bukan apa, In tak tidur seharian kot sebelum hari tu but In still okay je daki. In, abang In and bersama dua orang kawan dia like cikgu-cikgu sekali la jaga bebudak tu dari belakang XD Hahahaha... Tau ja la kalau rombongan sekolah ni mesti bising-bising apa lah kan, so yeah. Memang sepanjang perjalanan pasti hingaq punya XD Pastu ada budak international juga, exchange student. Dia dari mana dan nama apa tak ingat but dia kata dia suka kat sini. Tempat asal dia, dikira dia tak hensem. Tapi kalau kat sini, dia dikira hensem dan ramai suka kawan dengan dia X'D Tu yang dia kata la~ Hahahahaha... and dia tahu banyak languages gila lah ! Like seriously banyak gila bahasa dia tahu. Just wow. Hands down to you little brother! Jom tengok gambar lagi.



Nampak tak tu? hakak-hakak dan abe-abe belakang sekali menjaga bebudak tu :P Hahahaha sambil melayan alam semulajadi yang indah bersama~ ^_^ Best sangat serius. Pengalaman yang menarik. Alhamdulillah. Lepas tu dapat naik boat for free tuuuu :P Harga sepatutnya tak pasti, tak ingat. Kawan In ada bagitau sebab dia pernah pergi. hm. Tapi tak ingat lah. Boat ni bawa kami ke Pantai Kerachut ~ kot. Eh jap tak ingat sangat actually :P Tapi bila naik boat, kitorang ada berhenti setiap part. Ada batu macam buaya, batu macam penyu~ dll...interesting! In rekemen sangat pergi pergi pergi~!

Sorry, tak banyak gambar nak letak sebab lepas beberapa hari gitu nak delete balik kan! Ada beberapa lagi tapi In letak di IG @nzmnnzfa ~ So yeah konklusinya ia pengalaman yang sangat best dan menarik. Apa kata anda-anda anda rasa sendiri? Pergi la bila ada kesempatan waktu! ^_^ Lepas ni In akan berkongsi 2 pengalaman terbaru! In pergi satu tempat ni dengan abang In dan juga satu lagi tempat dengan kekawan In ala-ala backpacker gitu tapi dalam negara so far! Stay tune ! Fi hifzillah.

:: NN ::

Kepada Student Asasi Undang-Undang :)

Assalamualaikum

Hi semua. Okay sebelum ni ramai minta nota-nota akak dari Asasi dan ada akak dah bagi beberapa. Cuma akak terpaksa berhenti seketika atas faktor line dan internet di universiti dan seterusnya akak ada final examination. Sangat sibuk dulu. Sekarang akak tengah bercuti dan akak tak pasti anda-anda masih memerlukan nota akak yang lain yang diminta untuk emel tu ke tidak. Kalau masih nak boleh comment di bawah ni atau emel kepada akak okay? Maaf atas penangguhan dan penungguan jika ada. Salam alaik wa fi amanillah.

:: NN ::