Friday, June 27, 2014

So Far So Good ?

Assalamualaikum

Heyya guys :) Ni hao! Hari ni hari yang sangat mulia,hari Jumaat. And In tak ada kelas langsung hari Jumaat. Ya,ada manusia-manusia yang menyuarakan mereka jealous. Hehehehe. Hari ni nak post lepak-lepak je. Post ilmu akan datang menyusul nanti :) So berdasarkan tajuk post SO FAR SO GOOD? Ini mungkin menjadi kotak persoalan rakan-rakan sekolah rendah,sekolah menengah,dan rakan IT yang tahu In dah menjejak kaki di UiTM Shah Alam. 

Worite,yes so far so good. In tak homesick sejak hari pertama hingga lah hari ini. Hati kental. Hehehe. No,sebab sebelum nak masuk universiti ni In dah homesick teruk sampai tak dapat tidur malam kat rumah. So my homesick adalah sebelum menjejak kaki di tempat baru. So ditempat baru tak perlu nak homesick dah. Unique? Thank you. Hahahaha. In pun dah puas usik mak In kat rumah (eh?). Hehehe whooops :p .  Detik-detik masuk bilik baru kan I was like,"wokay those are my roommates. wokay 3 laws (including me) and 1 TESL. Cool." After parents In balik and parents diorang balik tinggallah kami bertiga. Lagi seorang hilang jap pergi keluar kot. Hahahah. Mulalah sesi perkenalan yang dimulakan dengan In sendiri. Huahuahua. Tak malu kan? Heheh. In macam okay ni nama siapa,ni nama siapa...asal mana...and I introduced myself as well. ^_^. My roommates are awesome! Dari mula perkenalan diri In sangat banyak persamaan dengan HAWA FAQIHAH,Kuantan Pahang mariiii ;) In sebelum ni jadi guru tadika,yes dia pun. In nak masuk dalam bidang psychology,yes dia pun. In mohon Sains Kemanusiaan di UIA sebagai pilihan pertama di UPU,yes dia pun sama. A lot of commons we have >_< and we just laughed. Hahah. Next is NATASYA IZZATI dari Klang,Selangor (TESL). Ayat dia adalah 'COOL'. Asyik-asyik dengan cool dia XD Cuteeee... Kekadang kami terikut-ikut. Hahah. Last but not least,UMMI HAJJAJ dari Shah Alam,Selangor. Haa setiap minggu balik. Dekat sangat nih. Hahaha. And dia juga classmate In!!! Heee :p

Jiran-jiran bilik ? Ada NADIA YAYA (class rep from kolej perempuan Mawar) , AFRINA PINA dan SHERA yang juga sebagai classmates In. Kitaorang sangat berdekatan. heee syok :p Allahu,In dah kata kan Allah sebaik-baik PERANCANG. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan In. Huhu. So do trust ALLAH SWT 100%! Classmates yang lain pun okay je :) Ada lah sorang dua orang tiga orang tak berapa ngam lagi. It takes time kot :))) But most of them are nice. We help each other out. Just buat masa sekarang In kurang bersuara dalam kelas. In bersuara bila perlu atau dengan yang rapat-rapat je. Ehiksss. Malas lah nak cakap banyak-banyak ni. Berdiam lebih baik kalau tak ada apa nak cakap. Kurangkan perbualan kosong kateko :) We're from different backgrounds. Ada Kelate,ada Kedah ada Sabah bah ada Sarawak wak. Hahaha. Ada identiti masih dikekal kan. I'm so proud of you guys. Ada yang emmm bertukar-tukar sikit mungkin untuk kefahaman kitaorang juga. Hahah. Apa lagi eh? Ha ada yang mengaku English sangat teruk la bla bla bla. Don't you worry,kami semua ada dibelakang untuk support and bantu. And In sangat tampilkan diri untuk membantu bukan kerana In hebat English,NO tapi ini juga cara In improve English In dan juga dalam masa yang sama membantu kawan-kawan yang memerlukan. Muahhh...

Haa subjects yang belajar? Untuk sem 1 ada 7 subjects. Actually In tak nak sentuh lagi sebab In akan buat satu post khas untuk semua ni mengenai MDS,mengenai fakulti Undang-undang dan lain-lain buat bakal asasi sesi 2015/2016 :) Adik-adik In :)) Jangan risau kak In akan bantu korang ehhhhhhhh. Tapi tunggu kak In cuti sem 1 bulan 2 minggu bermula Oktober :p Tapi secara roughly not bad cuma Sejarah dalam bahasa Inggeris macam errr -.- okay. Hahaha. Agama best. Haha. Ada subjek critical thinking and now In ada homework mengenai subjek ni. Sangatlah kritikal otak In sekarang :P Tak nak fikir lagi ! Hehehe. And yeah,bila orang tanya In belajar mana je sekarang...bila cakap mesti diorang macam ,"haha susah...." Termasuk abang In yang cakap -,- . Pertama sekali,belajar apa pun tiada yang senang. Bergantung kepada kita sendiri. Usaha,doa dan rezeki kita. Serious ah,medic senang ka? Engineering senang ka? Programming punya course senang ka? Kos komputer senang ka? Eh kalau senang memang tak ada yang fail subjek lah. So bergantung kepada diri kita sendiri. Relax. Benda susah-susah la buat hidup kita senang kelak ;) In syaa Allah.

In masih keep in touch dengan kawan-kawan lama tercinta !!! Dah la hari tu nangis rindu. Hahahaha ! :P Teruk ah,rindu family tak tapi rindu kawan. Ye la,sebelum pergi pun tak puas luangkan masa dengan kekawan. Huhuhu. Walaupun setiap hari berwhatsapp atau text ke apa tapi tapi tetap rindu !!! Kekawan macam,"betul ka Nazmin rindu ni???" , "Cehhh rindu sangat~" , "Nazmin poyo...rindu konon." Hahaha something like that. Kuang hajo ehhh :P Tak pa tak pa... hehehehe... And apa In suka we still tolong antara satu sama lain. Macam ada tugasan English In macam perlukan idea(s) and In tanya kekawan lama kat whatsapp. Most of them bagi respond ! Awwww...sayang korang lah. And so do kekawan lain mana perlukan bantuan idea untuk point tanya and In dan yang lain akan tolong semampu boleh. Walaupun kita berjauhan tetapi masih kita sedar kita perlukan antara satu sama lain dan tidak lupakan ikatan kawan ini. Terima kasih Allah,for this amazing gift ! o^_^o ...

Oh yeah,In dah balik 2 kali kot. Hehehehe... Bukan balik Kulim tapi ke Subang Jaya jep. Ye la,kan In kata banyak saudara di sini. Taman Tun,KL rumah Mak Long. Kalau balik sepupu ambil selalunya. Kalau Subang Jaya yang lebih dekat dengan UiTM rumah maksu dan selalunya Aunt Ayu yang ambil. Heheh. In balik bukan sebab apa...ada sebab Wifi ada sebab nak cuci baju. Contoh kalau ampaian penuh,haaa kena balik la cuci baju. So maybe ni juga punca In tak homesick sebab In ada jumpa dengan saudara-mara yang lain. Hahaha. And actually tak sempat nak homesick kerana fikirkan macam-macam perkara kat sini. Studies,urusan kolej,urusan fakulti bla bla bla. Hahaha. Make sense kot! Kawan In kat KMNS pun kata macam ni. Hi5 sikit ATIQAH FUAD. Hehe. 

So that's all je kot buat masa sekarang untuk post lepak-lepak ni. Tapi apa in nak stress kan adalah pertama,percaya perancangan Allah SWT. Allah dah letak In kan tempat ni,kos ni follow je :) In akan buat terbaik,semampu mungkin dan teruskan mengikuti perancangan Allah. Yes,In ada rancangan In sendiri tapi Allah sebaik-baik PERANCANG. Kedua,faedah medium telekomunikasi adalah senang nak keep in touch dengan rakan lama. Kalau ada kemudahan telekomunikasi tu please please please guna manfaatnya! Do contact your old friends! Jangan dapat baru yang lama jadikan pekasam. No no no ! And then ingat,tiada apa didunia ni senang! Contoh macam In law,at first mungkin rasa ni susah. Tapi fikirlah Engineering lagi susah sebab Maths (which i hate maths) Hahahah. Atau fikirlah medic lagi susah sebab fakta nak ingat untuk Bio dan proses untuk Kimia yang lebih double triple Mcdeluxe daripada fakta Sej dalam kos law ni. hahahaha. Cuba twistkan apa-apa yang tidak senang disekeliling korang menjadi senang dan gummmmbira =D 

p/s In tengah ada assignment Agama dan tajuknya Keistimewaan Islam. Maybe sesiapa yang datang singgah baca di sini boleh kongsi pendapat atau apa anda fikir/rasa bila cakap mengenai KEISTIMEWAAN ISLAM. Mungkin comment-comment anda In boleh jadikan salah satu medium mencari maklumat/rujukan :) Mungkin In boleh letak rujukan dengan comment dan nama kalian sekali. Macam temu ramah guna medium IT. Ngehhh... Terima kasih luangkan masa ibu ibu bapak bapak. Hehe. Fi amanillah, salam wbt :)

And I'm only Human.... *tetibe*


Nah,hadiah :P Enjoy XD

:: NN ::

6 comments:

  1. Salam jumaat inn.. hehe. waa lama x dgr khabar.. untung aa jadi budak u. hehe jeless akak. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam jumaat !!!! Wah sis,setelah sekian lama XD hehehe....
      Haha janganlah jeles akak. Nanti akak boleh masuk juga after this ;)) In syaa Allah!

      Delete
  2. assalamualaykum wbt nazmin! ^^

    in kt uitm shah alam. meh mai sg buloh. umah kami kt sana. hehe. gd luck in ur new life in. keep moving forward. kakak awk ni pn ngah prktikal for 5 months. doakan akk ya :)))

    keistimewaan Islam.
    why not in cerita pasal kelebihan memberi salam sesama Islam.
    Beri salam menggunkan pronounce yang betul. Ucapkan salam dgn org yg kita tk knal/kenal.

    macammana dgn mmberi salam. cth: jmpa adk yg kematian ibunya. drpd ucapan "good morning, hi adk!", gntikan dgn ucpn 'salam sejahtera ke atas kamu". Peace.
    Salam itu doa. Percakapan itu doa.
    Semoga adk berada dlm keadaan tenang selalu, menerima khabar sedih. ini contoh.

    all the best in! fighting! ^^

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam wbt wamaghfiratuh :)

    Yap. Oh,sis mai amek In lah camtu :p hehehehe.... In syaa Allah,aamiin.
    Wah,kakak praktikal apa? Allah yuftah alaikum :)

    Alhamdulillah,terima kasih atas cadangan kakak. Akan In pertimbangkan dengan rakan-rakan seassignment. Hehe :) Terima kasih!


    Fighting! Go for itttt :D

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. WoOt wOot ...ni la Hawa Faqihah rumet iteeeee ....hahahaha =D

      Delete