Saturday, June 21, 2014

Ceramah Hudud

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim... Allahu Allah... Lama juga In tak update blog. Sebelum membuka mukadimah mengenai tajuk post ini,In ambil kesempatan sikit untuk meminta maaf kerana lama tak update. Huhu. Masalahnya adalah internet. Wifi ada tapi sangat lemah sehingga tidak dapat menampung di laptop. Phone je boleh. Haha. Nak ke CC bawah blok,kena bayar. Nak ke library pula jauh. Tunggu bas mungkin 15 minit? Setengah jam? Oh tidak! In sekarang dah beli Maxis Wireless Broadband. Syukur syukur. Lepas ni boleh online selalu :p Haha,dengan syarat kerja,study sudah ;) Asasi 1 tahun...I need to push myself,weekend is not a weekend for me now. Haha. Sedihhh :P 

Okay,ceramah ini diadakan di Masjid Tuankan Mizan,UiTM Shah Alam. In paling suka di UiTM adalah kerana masjidnya. Jatuh cinta dengan Masjid Tuanku Mizan ni. Haaa. Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Dr.Mohd Afendi b.Mohd Rani. Di sini In akan berkongsi nota In mengenai ceramah hudud tempoh hari :)

1) Ada 3 golongan manusia tentang pelaksanaan hudud. Apakah ia?

-Ekstrem
-Terlalu berhati-hati dalam pelaksanaan hudud berdasarkan kesesuaian masa takut tidak tercapai keadilan
-Ingin melaksanakan hudud dengan penuh keimanan (INI YANG SEPATUTNYA)

2) Sayidina Umar R.A berkata ;

Lebih baik kamu tidak tersalah hukum daripada tersalah hukum.

3) Apa itu takzir?

-Takzir merupakan amaran daripada kerajaan. Apabila membuat kesalahan atau jenayah,dikenakan penjara,sebat dan seumpamanya.

4) Apakah undang-undang jenayah Islam yang kena hudud?

-Zina
-Qazaf
-Minum Arak
-Mencuri
-Jenayah Rompak
-Murtad
-Bughah

5) Apakah cabaran dalam pelaksanaan hudud?

 -Zakat solat haji wajib tetapi bergantung kepada keadaan.
-Pelaksanaan di Pakistan,Libya,Sudan,Nigeria gagal kecuali Saudi dan Brunei.
-Zaman Nabi SAW berbeza dan hukuman bagi orang Yahudi hampir sama dengan Islam.

6) Mohd Said Hawa berkata ;

Sejak zaman Abbasiyah pelaksanaan hudud tidak ditekankan (ditinggalkan manusia sendiri).

7) Maqasid Syariah

-Memelihara agama,akal,nyawa,harta dan keturunan.

8) Hudud/had merupakan bentuk pencegahan

9) Kesalahan yang bentuknya telah ditetapkan oleh hukum syarak dan dilaksanakan bagi menjaga hak Allah SWT.

-Hukuman yang ditetapkan yang tidak boleh diubah oleh hakim/pemerintah.
-Menjamin hak Allah SWT (kepentingan/keselamatan awam dan individu sebagai contoh mencuri,merompak)

10) Konsep dan falsafah hukum Islam

-Berasaskan panduan Allah,bukan pemikiran manusia.
-Hukuman yang bersifat rahmat kepada manusia.

=Menjaga kelebihan dan kebaikan (himayat fadilah) individu dan masyarakat
=Menjaga mastahah haqiqiyah

-Berteraskan pemeliharaan aspek 5 yang asas dalam kehidupan.
-Hukuman yang menggabungkan uqubah dunia dan akhirat.

11) Berzina

-Menurut Hanafiyyah,Shafi'iyyah dan Hanbilah ;

Non-muslim yang berzina sama ada lelaki atau perempuan akan dijatuhkan hukuman hudud jika merekah adalah dzimmiyy. Sekiranya mereka adalah harby mereka tidak akan dijatuhkan hukuman hudud.

12) Kata Syeikha Al-Maraghi

Iman yang benar patuh dan pasrah perintah Allah. Tidak merasa keberatan atas segala perintah.

13) *Baca Tafsir Ya Ayyuhallazi*

14) Dimanakah rahsia kekuatan?

-Sayyid qutb ( roh Al-Islam )
-Kekuatan yang tercetus dalam diri seseorang mukmin. Seluruh hati nurani,akal budi diresapi dan dibentuk oleh ajaran Ilahi. Seluruh tindak tanduknya dikendalikan oleh iman dan takwa. Tidak ada kontradiksi antara ajaran Ilahi dengan gerakan hati.


Tamat nota In :) , Allahu'alam. In tidak berbicara soal politik ke apa. Tetapi In hanya berkongsi serba sedikit mengenai hudud menerusi majlis ilmu yang telah In pergi tempoh hari :) Semua manusia diberikan akal. Itu keistimewaan kita dan membezakan kita antara manusia dan binatang. Masing-masing boleh berfikir mana baik buruk,mana hak dan batil. Fikirlah secara waras dan rasional. Fikirlah berlandaskan wahyu in syaa Allah anda menemui jawapannya :) Terima kasih meluangkan masa kalian ^^, Ketemu lagi dilain post =D In syaa Allah. Maaf atas kesepian di blog dalam jangka masa yang agak panjang. Huhu. Fi hifzillah.

:: NN ::

4 comments: