Friday, January 31, 2014

Imamku

Aku bukanlah manusia yang maksum
Diriku ini penuh dengan cacat celanya
Kalau bukan fizikalnya
Mungkin terletak pada akhlaknya

Dengan itu aku terus berusaha
Berdoa
Bertawakal
Beristkharah

Untuk aku mencari
Menemui
Menggapai
Mengasihi

Kamu yang aku cintai
Mengisi ruang jari jemari
Genggam erat
Memimpin aku

Aku yang memerlukan kamu
Pasangan hati yang serasi
Membimbing aku dengan harapan
Sama-sama kita membina sebuah masjid

Yang mungkin bukan sahaja di bumiNya
Yang mungkin jua kelak di syurgaNya
Bawalah
Pimpinlah

Bakal imamku

:: NN :: 

Monday, January 27, 2014

I'm Back !

Assalamualaikum

Waa,2 weeks ! Lamanya In tak update,serupa macam time SPM In dulu >_< ... I'm so sorry ! But now In akan selalu update ye,in syaa Allah ! :D 

So perkembangan In ... sebab dah lama tak update kan ... to me dah rasa macam sebulan tak update ! 
So In dah masuk kelas Mandarin dan dah ambil 1st exam ! My 1st exam sadis sangat but but ! Selalulah bersangka baik kepada Allah :) In cakap macam tu sebab total ada 25 soalan and boleh salah 5 je if not gagal ! And guess what ! In dapat 19/25 ... I need 1 more markkkkk ! Hahaha ... Tapi alhamdulillah sebab In ingat result lebih teruk daripada ni, so hey ! perlu bersyukurlah kan ? ;D Alhamdulillah ... In akan buat yang lebih baik untuk exam ke-2 iaitu Khamis ni !!! Make du'a for me !!!! Please ? :)) Oh ya,kalau gagal perlu repeat paper tapi cikgu tak inform lagi bila :3 , soalan yang sama of course and cikgu dah pun bincang . Malangnya In tak hadir satu hari tu sebab sakit !  So so :(( .... Kawan pun yang hadir tak ingat sangat,le LOL! But ada juga yang ingat ... jawapan no.1 pilihannya adalah SALAH . no.2 em em ... XD hadoi,tak ingatlah,redah je ! hahaha ... in syaa Allah tak gagal buat kali ke-2 . And cikgu bagi tugasan . Kena buat dialog dalam group seramai 2/3 orang . I hope that kalau hafal dialog tu cikgu akan bagi extra marks so that In tak perlu repeat paper :P who knows akan jadi ! Hahaha ... So hey , again ! Doakan :P heheheh :)

I miss all of you :D Terutama bloglist tu lah :D Kakak-kakak,abang-abang,adik-adik dan ibu :) Ayah tak ada kot ? haha ... Masih ingat In ke tak ni ? Huhu ... Apa pun In akan blogwalking blog-blog anda anda anda andaaaaa secepat yang mungkin ! :D Salam !

:: NN ::

Wednesday, January 8, 2014

Isya' Ku

Assalamualaikum

Aku menunaikan solat Isya' dalam ruangan kegelapan,
Dengan mengatakan dalam sanubariku ini,
Biarlah aku menghadap Allah dalam kegelapan,
Kerana aku tahu akan ada cahaya kelak menerangiku

Daripada aku tidak solat,
Kerana kegelapan memamah hati ini,
Angkuh sombong tidak ingin menghadap Penciptaku,
Dan sesat tanpa suluhan cahaya buat selamanya.

Na'uzubillah min zalik ...

:: NN ::