Monday, January 5, 2015

Aku & Stokin

Assalamualaikum

Hi there! Ni hao! Ini cerita mengenai In dan stokin. Hehe. Okay,sebagai umat Islam dan lagi-lagi seorang muslimah,tahu sajalah aurat kita itu dimana. Aurat kita itu semua kecuali muka dan tapak tangan. Bermakna kaki,tapak kaki itu juga aurat,saya betul? Hee... Okay the idea why I'm going to share this to you guys is when I read an entry by Kak Balqis. Do read,she gives a few tips on how to start wearing it! Tahu,nak pakai stokin pakai sajalah. Perbuatan tidak semudah kata-kata. Ewah.

Permulaan In memakai stokin sebagai aurat bermula ketika di sekolah menengah. Tak ingat form berapa tetapi rasanya mula serius dalam form 4 ke form 5 begitu. Ada yang memakai stokin kerana undang-undang sekolah,tempat kerja dan seumpamanya. Tapi saya memakainya bermula pada tempoh saya katakan sebentar tadi kerana undang-undang Allah. Gitu. Baikkah saya? Tidak,itu kewajiban seorang muslimah! 

Kenapa mula nak pakai? Tak tahu,hati sudah terdetik. Mungkin tanda hidayah Allah menyinar di hati. Hmph,ayat tak nak kalah. Haha. Alhamdulillah. Kekok tak rasa apabila mula-mula pakai? Tak kekok. Sebab In memang solat pakai stokin sebab In ada syndrome-takut-tak-sah-solat-sebab-nampak-kaki. Panjang kan nama syndrome tu? Mehmeh... Hmph,nak mengata kat diri masa lampau. Time solat tau pula takut tak sah solat,time keluar tak pakai stokin tak takut pula syndrome dosa nampak aurat kaki. Iskkk. 

Apa yang dihadapi saat-saat mula pakai stokin ni sebagai aurat? Yang pertama sekali,In tak pakai stokin jari,for now. Sebab stokin jari still nampak peliks.edu bagi In. But would like to try so! Hahaha. Later on :P Jadi In cuba mengelak daripada memakai selipar yang ada pemisah antara ibu jari kaki dan anak-anak jarinya. Mehmeh... Selipar baru,kasut baru wuu! Nikmat apabila berubah :P Hahahaha tak de lah...

Mula-mula pastinya datang dari rumah. 

"Niii apa pakai stokin ni,luar rumah ja"

"Apa ni pakai stokin,dalam rumah ja orang datang"

Biasalah,time tu ada dua pilihan. Buat tak tau atau berdakwah. Ni lah peluang! Depan mata! Cakap elok-elok,ini aurat. Tak kisah mana tempatnya,tetapi jika ada yang asing untuk kita berpeluang untuk tengok,maka wajiblah dilindungi aurat tu. Selepas itu bila orang datang rumah ada lah,biasa manusia...Ada yang bertanya...

"Sejuk ke..."

"Demam ke..."

"Kenapa pakai stokin dalam rumah ni..."


Em,alhamdulilah waktu kecik-kecik teringat juga ada demam tu sampai kena pakai stokin. Tapi alhamdulillah sekarang ni walaupun ada je musim demam sampai In kena tempias lagi-lagi di kolej tapi tak sampai tahap kena pakai stokin lagi. Memeowww. Nasib baik tak tanya mengandung ke... Saya ada tengok orang mengandung pakai stokin,lantai sejuk. Tak elok mungkin. Hahaha. Time ni juga berdakwah! Ayuh. Ringankan mulut. Kata je,bukan...aurat ni. hehe. Berani??? ^_^

Alah,biasalah tu. Lembutkan hati untuk menerima soalan-soalan begini. Ini peluang buat kita,peluang buat mereka juga. Masing-masing ada kebaikannya. Kalau ada yang usya pelik saja,buat tak tau. Atau senyum sinis sikit. Macam, "Apesal bro,jakun ke tengok orang pakai stokin?" Heh heh,dalam hati cukuplah >_<''' Kekadang ada yang hanya suka-suka mengusik... Buat muka pelik... Kata poyo ke ape. Em,faham-faham je lah relation apa yang selalu nak kenakan orang ni. Adik-beradik la,siapa lagi. Hahah. Tapi so far,In rasa abang-abang In tak buat kot. Riaksi dorang macam ,"Lantak hang lah nak buat apa." Hahaha.

Tapi tak lepas yang suka menyakat pula. Ni selalu sepupu-sepapat atau sanak-saudara. Kadang-kadang keliru juga memang tak tahu ke pura-pura tak tahu.

"Ni kenapaaa niii kenapa niii pakai stokin"

"Nak pi mana pakai stokin?"

Hahahah. Tapi selalu yang di atas ni digantikan dengan isu bertudung. Bertudung dalam rumah apabila ada sepupu lelaki. Memang didihlah dengar orang tanya soalan sama ni berulang-kali. Tak terlepas keluarga sendiri. Sabar,sabar. Hahahah. Ini cubaan dan dugaan kecil bagi In. Kalau lemah,tak boleh nak istiqamah. Jadi jiwa kena kuat. Keinginan kena teguh. Iman kena kawal. In syaa Allah boleh istiqamah dalam penjagaan aurat kaki. 

Alhamdulillah rasa stokin ni macam satu part yang penting dalam pemakaian In. Even rasa macam nak 24 jam pakai stokin. Overkan. Heheh. Sebab dah terbiasa. In pun tak tahu kenapa di library sekolah kena buka stokin bila nak masuk. Ada yang kata perempuan tak perlu ada yang kata perlu. In memang pelajar yang tegar melanggar peraturan perpustakaan. "Lantak kau nak kata apa,nak hukum apa,aku tetap nak pakai stokin. Aurat aku,kau tak ada hak." Dalam hati. Peh,nampak tak semangat tu? Hahaha. Siap dah ada speech untuk guru kalau-kalau kena tangkap jumpa guru bertugas ke,disiplin ke,library ke. Silap hari bulan Pengetua sekali. Mehmeh. Tapi alhamdulillah,tak pernah terjadi. Expert ni. hehe.

Indah kalau ikut jalan Allah ni. Apa yang Allah kata,kita buat hati pun senang. Time-time ni juga In ada luahkan kepada kawan In. 

"Weh,aku dah mula pakai stokinlah. Perlahan-lahan"

"Weh,aku pun dah mula start pakai stokin."

Peh,bonus!!! Ingat sedang meniti jalan ini sendirian,rupa-rupanya ada juga kawan rapat In yang juga sedang meniti jalan ini. Maka,bila ada geng segala perkara rasa menjadi mudah dan lebih semangat. Jadi,dalam memilih kawan juga penting. Kawan yang baik-baik. Biar berkawan dengan yang suka bagi sentap sebab tarbiyah mereka jangan berkawan dengan suka menyenangkan hati kita walhal ia dusta. Contoh.

Yang baik.

"Cantik tak aku pakai pakaian ni?"

"Cantik. Tapi lebih cantik dan indah kalau tudung dilabuhkan sikit lagi dan pakai stokin."

Yang sedang-sedang.

"Cantik tak aku pakai pakaian ni?"

"Peh,cantiknya!!! Mesti ada yang nak!" 
(Walhal selebet dengan tudung tak teratur. Singkat dan tidak berstokin.) Kdaa... hahahah

In tak tahu sama ada In saja rasa macam ni atau memang yang lain turut rasa perkara yang sama. Orang yang berstokin ni dia tampil lebih kemas dan bergaya. Ceh. Betul. Ini tanggapan peribadi In sendiri. Orang yang tak berstokin In rasa macam dia kurang sesuatu,macam selekeh pun ada. Tak kira pada perempuan atau lelaki. Lagi-lagi bila lelaki pakai kasut kan,ada yang tak pakai stokin. In memang rasa macam dia tak kemas. Dari atas okay dah segak,sampai bawah aduh spoil. Hehe. 

Favourite In,senang cerita pakai stokin hitam saja. Kalau bukan hitam,putih tapi amatlah jarang. Stokin hitam memang stok terbaik punya. Sekali stokin Abah In dikebas. Mehmeh... Baru-baru ni borong stokin hitam lagi sebab musim hujan kan? Di kolej basuh dan jemur tak kering. Apabila tak kering,lembap jadi busuk. Haru betul. Senang-senang hantar dobi,diorang keringkan terus dengan teknologi sedia ada. Kalau warna-warni dan bercorak ni,In jadi bingung untuk padankan dengan kasut atau pakaian. Bertambah masalah. Tak nak! Haha. Simple saja. Hehe.

Tak terasa dah berapa tahun In dan stokin ni bersama. Ceh. Mula-mula mungkin rasa sukar tetapi lama-lama in syaa Allah suka sangat,jatuh cinta dengan stokin. In senang pakai stokin sebab In suka pakai kasut. Apabila pakai kasut,stokin itu satu kewajiban. Hahaha. Sebab nanti kaki melecet ke apa. Memang tak selesa berkasut tanpa stokin. Hah lagi satu! Stokin sekarang ada yang pendek,sederhana dan panjang. In pakai sederhana atau panjang sahaja. Pendek tu agak-agak la setakat buku lali ke malah ada lagi pendek. Stokin apa tu cik adik kakak oi. Hehe. Nanti duduk,terangkat kain ke,seluar ke,terselak ke... Nampak pula aurat diatas tu ha. Beringat sama ^_^

Itu sahaja serba sedikit perkongsian pengalaman atau paling tidak yang pernah mengalami. Suka,senang hati tengok ramai yang mula berhijrah ni. Teringat time In dulu-dulu juga. Sekarang ni penghijrahan yang seterusnya. Huhu. Perlahan-lahan,in syaa Allah sempoi nanti. In doakan agar semua urusan murni kita,yang mendekatkan kita kepada Allah dipermudahkan. Aamiin Allahumma aamiin. Semoga diberkati,sayang. Fi amanillah. Assalamualaikum wbt.

:: NN ::

No comments:

Post a Comment