Showing posts with label Penghargaan. Show all posts
Showing posts with label Penghargaan. Show all posts

Saturday, January 23, 2016

1st Semester-Done

Assalamualaikum

Hi there. I just received my first semester punya result semalam and alhamdulillah lulus all the subjects and mencapai my target. Huhu... Syukur alhamdulillah. Without doa-doa kalian, In mungkin tak dapat mencapai apa yang In harapkan... Terima kasih :') For all your supports and du'as... 

In tak tipu, In sangat struggle with a lot of things there sejak kali pertama di sana. So tak sure boleh fokus belajar ke tidak and tak sure boleh score ke tidak. But i have really nice roommate yang selalu support In. Dia je tahu betapa In struggle di sana. Hahah. Until one day I looked so down... Time tu keluar gi toilet, bila masuk bilik and nak tengok cermin somehow In macam terperasan ada sticky note di sebelah cermin In. So In baca, "Siapa y berusaha dye akn BERJAYA. Siapa y menuai akn dpt HASILNYA" Allahu :') Terharu sangat... Thank you my dear roommate...

In tak tahu kenapa rasa susah sangat hidup walaupun di negara sendiri. Why so many stressful things or In yang too focus on unnecessary stuffs...? X'D Since I got a lot of supports and nice words from my beloved friend there, my rommate and my foundation mates, alhamdulillah... I managed to grow stronger and achieved what I want in this first semester. Alhamdulillah atas kekuatan yang Allah berikan. But now I'm thinking about financial...

Entahlah, dapat PTPTN pun rasa tak cukup. Memang tak cukup pun untuk satu semester. Dah la nanti  berhutang. Even my father said that. Dia pun still kena toppup duit untuk perbelanjaan In. So memang cadang nak score first sem and mohon JPA. Tapi sehari sebelum result keluar dah kecoh pasal JPA suspended. Entah la betul ke tidak so far but if betul suspended, buntu sangat nak mohon biasiswa apa agar dapat ringankan keluarga. Agar diorang tak perlu susah-susah keluarkan duit belanja untuk In dah. Kekadang rasa nak kerja part time pun ada... Tengok yang mana mampu dan boleh blend dengan jadual pelajaran In. 

In sangat serious dalam kehidupan In sekarang ni lelagi sekarang dah 20 tahun! Walaupun unofficial lagi but hey sekarang dah 2016 kan. Hahahah. Rasa tanggungjawab makin tinggi. Rasa macam mencari duit adalah satu misi utama juga untuk menjamin masa depan yang entah lah apa akan jadi nanti. Kos sara hidup makin meningkat. Tak tahu siapa je yang boleh tolong nanti so yang utama kena tolong diri sendiri dulu. Rajinkan diri dan penatkan diri untuk beribadah seperti belajar dan bekerja juga. 

Anyway, tak tahu lah apa yang bakal mendatang dan apa yang In akan jadi untuk 2016 ni. Doakan yang terbaik buat semua orang sebab In dapat rasa 2016 ni akan jadi tahun yang sangat mencabar bagi In. Doakan In dan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Doakan negara kita, jangan lupa doa dalam sujud dan ketika habis solat. Huhu. Semoga perjalanan semester In kali ini dan seterusnya berjalan dengan lancar dan dapat score seperti yang In harapkan... Anda anda anda semua pun all the best okay! Salam alaik.

:: NN ::

Sunday, January 17, 2016

Chew Jetty, Pulau Pinang (UNESCO World Heritage)

Assalamualaikum

Hi semua ! I am back ! Hari ini nak update mengenai perjalanan In bersama abang sulung In pada tempoh hari di Chew Jetty, Pulau Pinang. Pernah dengar tak? Apa yang menarik sangat? Jetty je kan~ Cheh. Actually Chew Jetty ni listed as UNESCO World Heritage in Penang,Malaysia. So obviously ia menjadi tarikan pelancong dan memang salah satu tempat pelancongan di Pulau Pinang~ Pergi sana like wah, rasa kehidupan di atas air, dengan memijak papan-papan, rumah-rumah lama yang masih utuh!

Sepanjang lorong untuk masuk ke kawasan boat-boat tu ada cafe dan kedai-kedai jual souvenirs. Of course penduduk sini dan pemilik kedai semua milik orang Cina if i am not mistaken~ In sangat suka feeling-feeling tempat sebegini. Like kampung-kampung, pedalaman and whatsoever yang berkaitan. Hahahaha. So here ada few pictures of me di Chew Jetty. Akan di delete juga gambar-gambar tu. So if ada yang baru baca but tak da gambar means dah delete. Sorry in advance! Boleh google je,banyak je gambar lagi menarik than mine! ^_^






Shades on~ Panas oi! So actually ni hobi In bersama abang In. Kitorang akan tukar role. Kalau turn abang In, maka In lah photographernya~ So time ni sangat melayan perasaan sendiri... Banyak juga pelancong time ni. Omputih pun hado~ So anyways kitorang bergambar di sini saja. Tak amek gambar lorong-lorong tu semua sebab...fokus kitorang disini X'D And yeah, saja nak share, time balik tu kitorang pergi singgah makan di TheTablePenang. Time nak balik tu, terserempak dengan jalan yang unik ala-ala di luar negara gitew! Ada la kekawan ingat In pergi obersi...lol. Style tau tempat ni. Dekat area-area cafe tu. Tak ingat nama tempat ni tapi bangunan-bangunan dia style lah~ Sebagai jiwa photographer In suka tempat tuu,ceh!


So cuti sem In di isi perkara-perkara sebegini~ kuikuikui... In tak suka duduk rumah waktu cuti semester sebab bagi In kalau duduk rumah sepanjang cuti sem sahaja sama seperti duduk hostel mereput! NO. Kalau nak tau juga In dengan abang sulung In kalau berjalan, kalau jumpa tempat yang menarik untuk bergambar memang kitorang berhenti dan terus snap snap! Lol... Jiwa photographer yang tak ada perancangan sangat nak bergambar di mana X'D. Terserempak ja berhenti turun dan tangkap. HAHA. Okay, next I'll update on my 2nd trip with my friends ala-ala backpacker sebab kitorang punya budget memang berusaha paling murah on penginapan dan transportation! So stay tune! Fi hifzillah. Assalamualaikum wbt.

:: NN ::

Friday, January 15, 2016

Taman Negara Pulau Pinang | Penang National Park

Assalamualaikum

Hi semua. Maaf. Lama tak menype disini. Almaklum kehidupan degree yang penuh cabaran dan dugaan :P And hey, SELAMAT TAHUN BARU! I am unofficially 20. Please please, jangan kata In dah boleh kahwin. Tak nak lagi eh. Anda anda anda duluan ~ Hihihi... So, In nak berkongsi ceritera di mana In dan abang In bersama beberapa rakannya, telah pergi ke Taman Negara Pulau Pinang tahun lepas! Ahaks! Lambat sangat nak updatenye punnn... Time In pergi ni, sebelum In masuk degree, dan selepas In habis Asasi. Hahah. So around bulan 4 atau 5 gitu 2k15. Hohho. Semua sihat? Tak sompek den nak blogwalking lagi. Maap dehhh... Moga-moga semua sihat belaka ye. Shall we move to the next para? Ouyeah~

So, cerita dia macam ni. Kawan lelaki abang In yang sulung ngajak dia sekali mendaki menempuhi hutan rimba serta menikmati alam sekitar bersamanya. Actually, kawan dia tu tengah jadi guru sementara di sebuah sekolah dan mereka buat rombongan pelajar bersama beberapa rakan guru setugas yang lain. Sewaktu In dengar abang In cerita dengan Mak kami, maka In pun macam , "NAK IKUTTT" Sebab kitorang dapat join FOR FREE. Hahahaha. Naik boat bagai semua free okay? Hahaha. So abang In like okay jom! >_<' Maka sepanjang hari tu In tak dapat tidur langsung atas faktor yang tidak dapat di kenal pasti uhuks. Maka nak kata la, pergi sana gerak lepas subuh (sebab rombongan sekolah kan kena ikut masa sekolah. Selalu 7.30 pagi cemtu kenai kumpoi dah~). So yeah, iols tak tidur langsung selama dua hari termasuk hari kejadian. Haha.

We at first (me and my brother) pergi singgah USM dulu sebab kat situ nak jemput kekawan abang In. Kawan abang In jemput lagi sorang kawan perempuan dia. So like 2 men 2 women. Yeeszaa. Pendekkan cerita, sampai je ke Penang National Park, kawan abang In handle senaman bebudak tu semua. Abang In, In dan lagi seorang kawan perempuan tu bebas buat perkara memasing. Maka sesi photoshoot sendiri-sendiri bermula dari situ ~ Usya satu gambar mewakili pembukaan hari ku waktu itu dulu lah eh ~ 


Lepas tu, dah habis senaman, maka kami bergerak lah untuk mendaki ~ Penat lah juga tapi personally tak mencabar mana pun. Tak mencabar langsung kot XD CEH. Bukan apa, In tak tidur seharian kot sebelum hari tu but In still okay je daki. In, abang In and bersama dua orang kawan dia like cikgu-cikgu sekali la jaga bebudak tu dari belakang XD Hahahaha... Tau ja la kalau rombongan sekolah ni mesti bising-bising apa lah kan, so yeah. Memang sepanjang perjalanan pasti hingaq punya XD Pastu ada budak international juga, exchange student. Dia dari mana dan nama apa tak ingat but dia kata dia suka kat sini. Tempat asal dia, dikira dia tak hensem. Tapi kalau kat sini, dia dikira hensem dan ramai suka kawan dengan dia X'D Tu yang dia kata la~ Hahahahaha... and dia tahu banyak languages gila lah ! Like seriously banyak gila bahasa dia tahu. Just wow. Hands down to you little brother! Jom tengok gambar lagi.



Nampak tak tu? hakak-hakak dan abe-abe belakang sekali menjaga bebudak tu :P Hahahaha sambil melayan alam semulajadi yang indah bersama~ ^_^ Best sangat serius. Pengalaman yang menarik. Alhamdulillah. Lepas tu dapat naik boat for free tuuuu :P Harga sepatutnya tak pasti, tak ingat. Kawan In ada bagitau sebab dia pernah pergi. hm. Tapi tak ingat lah. Boat ni bawa kami ke Pantai Kerachut ~ kot. Eh jap tak ingat sangat actually :P Tapi bila naik boat, kitorang ada berhenti setiap part. Ada batu macam buaya, batu macam penyu~ dll...interesting! In rekemen sangat pergi pergi pergi~!

Sorry, tak banyak gambar nak letak sebab lepas beberapa hari gitu nak delete balik kan! Ada beberapa lagi tapi In letak di IG @nzmnnzfa ~ So yeah konklusinya ia pengalaman yang sangat best dan menarik. Apa kata anda-anda anda rasa sendiri? Pergi la bila ada kesempatan waktu! ^_^ Lepas ni In akan berkongsi 2 pengalaman terbaru! In pergi satu tempat ni dengan abang In dan juga satu lagi tempat dengan kekawan In ala-ala backpacker gitu tapi dalam negara so far! Stay tune ! Fi hifzillah.

:: NN ::

Saturday, November 7, 2015

Awal Degree

Assalamualaikum

Hi semua :) I'm back! Hee. Semua sihat? Maaf tak sempat nak blogwalking lagi. Tunggu eh. And tak sempat balas comment lagi. Sorry sesangat. Hurm. So macam mana dengan degreeku di Terengganu? Alhamdulillah so far just nice :) Well, I gained a lot of friends. Awal-awal pun actually dah ada beberapa masalah ^^'''. Tapi normal kot. Hahahaha! 

In cuma nak hidup dengan semua orang dalam suasana yang baik, dalam hubungan yang baik. In tak nak any perasaan yang tidak elok antara satu sama yang lain. Nanti susah nak belajar. Ilmu pun susah nak masuk. Hubungan sesama manusia itu penting untuk dunia dan akhirat. So kena jaga baik-baik kan :) Doakan In untuk tempuhi kehidupan degree di Terengganu, di UnisZA dan dalam kos Undang-Undang ini. Nothing much to say walaupun sebenarnya banyak benda nak cakap. Tapi bukan pasal ni semua. Pasal lain! So nantikan okay! ^_^ Love you gais! Fi hifzillah.

:: NN ::

Friday, August 28, 2015

Laksa Tempurung Special Kulim

Assalamualaikum

Hey, hi! Well, kalau ikut jam hari ni adalah hari terakhir In berada di my sweet hometown. Esok awal pagi bertolak ke arah yang baru, jauh perjalanan. Few hours. A lot of hours. Hahahaha. Kebas bontot nanti kuikuikui. Okay tak penting. Just pray for me, for everybody. And also semoga selamat perjalanan pergi dan for my family selamat kembali balik ke sini lah. In syaa Allah aamiin. Semalam, tempat In dan abang sulung In pergi 'jejalan cari makan' adalah di Laksa Tempurung cawangan, Kulim. Wow. How exciting was that! Laksa tempurung sounds so unique and yummay! A friend of mine, asked to make a review about this so here I am yey! :P

Soalan pertama orang nak tahu selalunya tempat dulu. So let me show you in these pictures. 



Secara simplenya Laksa Tempurung ini berada di Simpang Empat Keladi, sebelum dan bersebelahan Restoran Mad Arif Char Kuay Tiaw. Tadi In dan brother terlepas sebab the banner of Laksa Tempurung tak berapa nampak and terselindung. Tuan punya kedai should make it bigger and ada papan tanda y'know. Hahaha. We thought after char kuay tiaw. Bukan okay, before char kuay tiaw. Kalau datang dari arah traffic light selepas sekolah tu, you should turn right and restoran berada di kiri anda. Just go straight after turn right tu. Kalau turn left from the traffic light nak pergi Kulim Landmark. Haaa gittew. 

So macam mana pula suasana and rasanya? Servis? Seperti semua tahu, Laksa Tempurung ni baru saja buka dan oleh sebab itu it was such a long queue. My brother waited for it and took the order while me was looking for a spot to sit and ordered our drinks. Hehehe. Space untuk duduk makan, definitely cukup. Kitorang pergi sana pada jam 1.30pm something after Zuhur. Ramai. Beratur as i said. Lunch hour pula tu kan. But we managed to stay longer and taste the Laksa Tempurung! So far, honestly In rasa murah. Kitorang order Laksa Tempurung Special. Harganya RM4 and guess what, dalamnya ada telur, ketam segera panjang tu, limau and udang agak besar with basic punya bahan laksa yang lain! 

Murah weh. Paling penting dalam TEMPURUNG. In ingat akan harga lebih tinggi sebab uniknya but I was wrong. Mak In pun kata murah. Kalau kedai lain laksa biasa dah RM3.50 with only telur putih   kekadang kecik pula tu and limau je. So what is the difference between Laksa Tempurung biasa and special. Sorry, In tak tahu. And tak tahu harga biasa apa but beli je special terus. Tak rugi. Murah. And honestly, rasanya secukup rasa. Sedap. Kenyang. Dan In makan habis licin. Tak berapa pekat dan tak berapa cair. Just nice. Laksa dia, rebus sempurna. 

Ya, as I said kedai baru buka, unik so jadi tarikan orang ramai. Kekadang tak cukup tangan nak buat cecepat and hidangkan dengan sempurna. Makcik tu datang ke meja In untuk ambil tempurung laksa yang dah dilicin habis In makan while saying sorry to us. Awww. Makcik tu kata maaflah jika ada kekurangan dimana-mana. Katanya ada pelanggan marah-marah ngadu tak cukup rasa lah apa. Well those customers were unlucky i guess.  Ini salah satu cubaan buat orang yang baru nak berniaga. Personally In rasa benda ni normal. 

Bayangkan, dalam pukul 3ptg, laksa dah macam tak cukup padahal tutup pukul 6ptg. Makcik tu bajet ingat cukup lah dari 12tgh hri sampai 6 ptg tapi tadi macam kena tutup awal je. Ada sekali order 15 orang makan and ada nak dibungkus. Makcik tu kata ramai customers so ya I understand. It is not easy to handle. However, kita patut bagi semangat dan sokongan. Sebab personally, dari abang In juga kami setuju laksanya sedap! Mungkin kami ada rezeki nak merasai sebenar-benar rasa Laksa Tempurung Special! Gituuu! Bukan makcik tu sorang handle, memang ada pembantu-pembantu tu pun In tengok masih perlukan lebih khidmat manusia. Huhu. 

Sambutan yang hangat and we should give them a chance to improve and catch up dengan bilangan tetamu setiap hari ke apa kan. Diorang tau lah, orang buat bisnes kan. Lek ah. In memang rekemen untuk korang datang Kulim, singgah Laksa Tempurung ni. Terbaik. Padu bak hang! Hahahaha. Ramai juga sebelum makan tadi ambil gambar dulu termasuk In. Hehehe. Let me show you okay. Datang awal-awal tau supaya tak lah tunggu lama and tak terlepas untuk merasainya!



Nampak sedap tak???! Bukan nampak saja tapi memang sedap! Overall In bagi 7-8/10 (%). Cewah. So hangpa yang mai melawat Kulim jangan lupa singgah nah. Yang duk Kulim tu jangan berat tulang pungkok nak pi pekena Laksa Tempurung ni. Kebaih hat special teroih nah. Hahaha. Haa, itu je In boleh tolong. Have fun! Kali ke-3 update guna phone so sorry kalau ada salah silap typo memana! Fi amanillah! I am going to bed. Salam alaik!

:: NN ::

Friday, August 21, 2015

Rindu

Assalamualaikum

Hi semua! What's up? Ni hao ma? Hahaha...Hmph, siapalah yang In rindukan sangat tu kan? Faham tak perasaan apabila orang-orang tersayang kita dah tak da and bila korang ada event,or big day, or further studies tetiba macam sayu semacam sebab teringatkan mereka yang penting dalam hidup kita tak bersama kita untuk meraikan bersama. Contohnya, bagi mereka yang kehilangan antara atau kedua ibu bapa mereka. Bila berjaya or dapat sambung pelajaran, mesti macam rindukan mereka. Impikan nasihat dan doa mereka. Impikan melihat raut senyuman wajah mereka. Atau time nak kahwin ka, lagi lah kan? 

Begitu juga In. Alhamdulillah In masih punya ibu bapa. Tetapi In sudah tidak punya Wan dan Maktok. Rindu sangat kat mereka. Mereka selalu nasihatkan dan doakan In (serta cucu-cucu yang lain). Mereka selalu letakkan harapan dan impian mereka. Lagi-lagi bila In teringat kata-kata Maktok. "Tak tau lah nanti dah masuk universiti Maktok ada lagi ke tidak." And then Wan kata, "Ada punya. Sempat nak tengok." Sort of. And hakikatnya kedua-dua mereka pergi :'( Tak dapat nak lihat apa In buat, bagaimana universiti In, tanya nak sambung apa. Belajar apa. 

Kalau mereka ada, time In di kolej, pasti setiap hari Wan telefon tanya makan dah ke, sihat ke, makan apa blablabla. Tapi In tak sempat nak merasa tu semua bersama mereka. Time In nak further pelajaran ke peringkat degree ni, In mula rindukan mereka yang tak dapat menyambut bersama In dan keluarga :'( . Tak dapat nak segan silu bila Wan dan Maktok bagitau orang lain yang cucu bongsu dia masuk degree sekian-sekian-sekian. Hahaha. Biasalahkan, orang tua. Segan lah tapi somehow In rasa senang hati melihat mereka bahagia kan. Rindunya. Lagi rindu daripada In nak masuk Asasi dulu. 

Sedih. Kekadang harap sangat Wan dan Maktok tahu apa yang In buat sekarang walaupun mereka dah tak ada dan masuk dalam mimpi. Hehe. Mustahil ke? >_< Sedih lah. Rindu sangat tau. Lagi rindu kalau one day In akan kahwin dengan somebody... Wan kan suka ngusik In ni ada boyfriend ke belum. Nama siapa. Blablabla. Dan hakikatnya sekarang Wan tak kan tahu dan tidak bersama In andai suatu hari nanti In punya rezeki untuk membina masjid bersama seseorang. Wan tak dapat nak berlawak dengan somebody tu dan tak tahu nama siapa, kerja apa, blablabla... Sayu je rasa. 

Berlalu dengan pantas dan seorang demi seorang pergi. Sangat rindu kat Wan. Wan pernah kata nanti sambung belajar ambil kos susah-susah sebab yang susah tak ramai nak dan yang susah tu gaji besar. In tak tahu kos In ni susah ke tidak pada anggapan orang diluar sana tetapi In yang pernah belajar basic time Asasi dulu sangat mengakui dan rasakan bahawa Ia antara kos yang memang susah dan perlu up to date dengan keadaan sekeliling. Tak boleh leka dan malas. Rajin mencari dan membaca. Rajin meneliti dan blablabla... 

Sepertimana orang lain asyik sebut kat In, "uih jadi lawyer lah nanti," Seperti itu In bayangkan Maktok pasti akan tak henti cakap yang cucu dia sorang ni bakal lawyer. (Walaupun sebenarnya skop undang-undang ni lebih luas tapi orang hanya mampu cakap lawyer ja.) Hahaha. Dan seperti orang lain asyik sebut In ni bakal lawyer tak henti-henti, In rasa dengan kata-kata mereka itulah In berkesempatan masuk ke tahap seterusnya dalam jurusan itu kerana kata-kata itu doa. Alhamdulillah. Ini semua berkat doa kalian. Lagi best kalau dapat dengan Wan and Maktok asyik sebut macam tu juga even time tu pasti In akan rasa macam "errr". Hahahaha. 

Tapi kerana mereka itulah In kuat dan cuba realisasikannya. Mereka kekuatan. Anda semua kekuatan In. In tak rasa seperti satu beban apabila orang kata "bakal lawyer ni" "boleh jadi lawyer yang baik". In tak rasa benda ni satu beban. In segan sebab takut tak dapat further but alhamdulillah. Dan In akan teruskan dan buat yang terbaik sebab korang :) Disamping niat yang lain lah. Korang one of my niat(s). In tak akan janji tetapi In pasti cuba tidak putus asa, dan tak mengalah dan tak merungut. Kalau In ada rasa sedikit pun, In akan ingat kata-kata korang. Korang semangat dan kekuatan In and korang terbaik ;)

Tak kisah, orang tu In kenal or anon or terserempak mana-mana kan. Tapi kata kalian, doa kalian pasti didengar Allah :') Dan In harap korang teruskan doa buat In dan rakan-rakan seperjuangan yang lain, ye? Sebab doa In belum tentu Allah dengar, mana tahu doa kalian Allah dengar. So I need it ^_^. In dah tak de grandparents dan moyang-moyang yang nak doakan In. Doa orang tua-tua ni satu keberkatan juga. Tu buat In sedih. Tapi alhamdulillah masih ada ibu bapa dan moga mereka dipanjangkan usia. 

Apapun, waktu-waktu nak sambung belajar part yang In suka is pergi melawat saudara-mara. Dan ada juga saudara-mara yang datang melawat. Time tu kita dapat rasa diorang prihatin hehe. Dan of course diorang doakan dan berikan keberkatan. In rasa ini penting selain dapat eratkan silaturahim, ini membantu untuk permudahkan segala urusan kita kelak dan pelajaran kita. In suka perkara ni dan alhamdulillah keluarga dan saudara-mara In tergolong dalam golongan macam ni. Sharing is caring kan. Heheh. 

Okay itu je nak kata. Rindu kat Wan dan Maktok tapi tak tahu nak luah kat mana. Berharap dapat mimpi diorang. Heheh. Semoga urusan kalian semua juga dipermudahkan tak kira nak buat apa pun asalkan benda baik la noh. Heheh. Jom kita buat yang terbaik buat agama, keluarga dan negara. Buat diri kita juga. In syaa Allah. Alright, fi hifzillah wa fi amanillah. Assalamualaikum wbt. 

:: NN ::

Thursday, August 13, 2015

UPU

Assalamualaikum

Kekoknya baru first time cuba update guna phone!!! Terkial-kial! HAHAHAHA.  Okay hot topic. UPU. What's up? Tahun ni ramai yang berkelayakan tak dapat apa mereka minta dan ada sampai tak dapat apa. WHAT? In sangat bersyukur dan alhamdulillah walaupun tak dapat sepenuhnya yang In harapakan sekecil-kecil harapan tetapi In dapat lah juga separuhnya. Tak faham apa In cakap boleh baca previous post. 

UPU ada 12 pilihan WAJIB diisi. Sebagai student Asasi Undang-undang pilihan yang dekat dihati sedikit bangat. Last choice In apa tau? BAHASA PERANCIS. Ewah kau In. Hahahaha. Abah In tergelak-gelak dah. OMG pandang rendah ye. Hahahaha. In pulak asyik sedapkan hati kalau dapat kos ni boleh cakap France, boleh kerja sana gaji besar, boleh jadi translator merayau memacam tempat. Ceh. 

Tapi seperti In pernah bagitau alhamdulillah In dapat pilihan ke-5. Syukur. Bagi In la, dengan UPU ni kita kena eksyen lebih. Time In isi tu kan, dengan result yang berpatutan dan berkelayakan alhamdulillah In kena berani mati. Hahaha. Time kita habis isi 12 pilihan UPU tu kan, dia akan tanya 'Adakah anda menerima tawaran selain pilihan diatas?' Kena jawab Ya atau Tidak. Dengan berani mati dan penuh tawakal kepada Allah In kata TIDAK. Siapa suka dilelong lagi-lagi tahu resultnya bagus atau agak bagus atau senang kata 3.0 ke atas? Mesti tak rela dilelong, terima tawaran selain 12 pilihan kita redha je letak tu. Hahaha. 12 pilihan tu pun sedang-sedang je kita suka ini kan pula nak terima lelongan yang langsung tak suka. Ya Tuhan. 

Itu pendapat In je. Kalau buat macam tu korang akan terima 2 keputusan je. Sama ada dapat antara 12 pilihan tu atau korang tak dapat langsung. TAK DAPAT LANGSUNG. Sebab tu In kata itu keputusan yang berani mati. Terserah kepada korang nak berani mati atau play safe dengan sanggup terima tawaran lelongan. Kalau 3.0 ke bawah memang In rasa kena play safe. 3.5 ke bawah pun sebenarnya tak safe sangat sekarang ni tapi berbalik kepada rezeki kita kan like I said before. Jangan dengki dengan keputusan orang lain. Cuba muhasabah diri sendiri dulu. 

Cuba ingat balik. Ada doa untuk keluarga? Ada doa untuk guru-guru? Ada doa untuk ummah dan negara? Dan pastinya diri sendiri serta masa depan. Kekadang doa kita juga memainkan peranan yang penting. Setuju? Tak setuju? Kemukakan argument anda. Ceh. Hahaha. Dalam Islam tak ada 'luck'. Sebab tu In tak wish orang 'goodluck'. Semuanya dengan kekuasaan dan rezeki daripada Allah SWT. UPU kali ini agak luar biasa sekali keputusannya. Sedih melihat kekawan yang lagi bersedih. Huhu. 

Kali ni juga UM keluar daripada UPU. Ada orang dapat dua tiga tawaran yang membuat In fikir bagus untuk dia sebab dia bijak tetapi tidak bagus buat yang tidak dapat apa. Lagi satu, dapat banyak tempat pun pening kepala nak pilih mana satu kan? Kalau nak asing, bagi salah satu saja lah. Sama ada dapat tawaran UPU atau pun luar dari UPU seperti UM atau UIA. Kesian orang yang berkelayakan tak dapat dan perlu buat rayuan. 

Memang tak lupa ini qada' dan qadar Allah. Tapi it depends on how the system works as well kan? Macam serabut je. Macam tunggang-langgang je. Serius kesian ah dengan kekawan. Sebab ni juga In tak rasa apa sangat bila dapat tawaran tu. Itu cara In bersyukur dan hormat bagi mereka yang tak dapat apa atau yang mereka inginkan. In pun like I said tak lah dapat apa yang bebetul In inginkan. Ada pros and cons. I need to work harder. Wayyyy toooo harderrrr compared to my other friends. Why? I might tell you later. 

Dapat masuk lambat doesn't mean korang akan habis lambat. And yes, cepat ke lambat ke akhirnya kita sama saja. Maybe kali ni korang dapat rezeki masuk degree lambat but who knows bila kerja nanti murah rezeki senang dapat kerja. This is life my friends. Tak akan selalu mudah dan indah. We all know that very well. We understand what is life about. We know the struggles in this era. Berbekalkan niat yang baik dan usaha dan doa dan tawakal redha in syaa Allah all is well. We have Allah. Don't ever forget that okay? 

Ingat tak arwah Ahmad Ammar? My God his SPM punya result sangat gempak dan terbaik tu. But arwah tak banyak songeh dan turut perancangan ayahandanya pergi ke Turki sambung belajar sana. Kos yang diluar dari pelajarannya di sekolah dan keputusan yang arwah dapat boleh je jadi doktor bagai jurusan yang hebat dan in syaa Allah pekerjaan terjamin but no he didn't further. Masuk pula universiti yang tidak diiktiraf oleh Malaysia. Mereka letakkan segalanya kepada Allah kerana pemberi rezeki dan nikmat kita adalah Allah SWT. Betul? Why worry. Ceh. 

Tabahlah wahai teman semua. Arwah maktok In pernah kata. Tak kira cemerlang macam mana pun kita, bila kita tak dapat seperti kita layak mendapat jangan terlalu memaksa. Yes, kita tak patut putus  asa. Yes, kita kena berusaha. But jangan TERLALU. Kalau memacam cara but tak dapat juga jangan teruskan. Just go with the flow. Kerana apa yang nak itu sebenarnya buruk buat kamu. Allah lebih Mengetahui. Kita lawan rancangan Allah, kita akan rasa akibatnya. Maktok In tak cakap sesuka dia. Ada pernah terjadi sesuatu dan itu memang pengajaran. Kerana pesanan arwah Maktok tu lah buat In mula easy going, tawakal, redha dan follow the flow. Bukan In tak bersemangat tapi In lebih meletakkan 100% kepercayaan kepada Allah. 

People might say In ni sembang je. Buat baik je. You people can say whatever you wanna say. Korang tak rasa korang tak tahu. Jangan sampai dah sedar terlalu lewat. In tak akan cakap perkara yang dusta dan memainkan hidup orang. No. Na'uzubillah min zalik. Apa In cakap adalah nasihat orang yang dah hidup lama rasa asam gula lada garam kehidupan. In juga cakap berlandaskan pengalaman In. Benda baik In kongsi. Benda buruk In simpan. Aib Allah jaga. Nak tolong kawan kita, saudara Islam kita tak boleh kedekut ilmu dan nasihat. In dah nasihat bagi pihak In kepada korang. Pilihan nak terima, nak muhasabah atau tidak itu pilihan pembaca. 

Maaf jika ada salah silap. Tegur. Maaf jika ada typo. First time kan update guna phone. Hehe. Maaf jika ada terasa. Macam In kata, segala terguris dihati anggaplah sebagai teguran Allah. Fi hifzillah wa  fi amanillah. Salam alaik.

 P/s Terima kasih yang mendoakan In. Moga kita semua berada di landasan yang benar dan berjaya dunia akhirat. Moga urusan kita semua dipermudahkan dan diredhai Allah SWT. Stay strong and all the best. Allah yuftah alaikum!

:: NN ::

Wednesday, August 12, 2015

Cuti-Cuti Nogori Ft Melaka

Assalamualaikum

Hi semua :) Maaf menyepi. Dah tu,tak sempat nak balas comment lagi. Dah tu, tak sempat nak blogwalking lagi. Derhakanya pemilik blog ini kan? Agagagaaa... Ampun ampun. Akan saya usahakan. Kali ini bertambah busy. Sebab? Nak sambung belajorrr... I am going to be a degree student, In syaa Allah...alhamdulillah. Tapi In tak nak cakap dulu dimana, dan uni apa. Cuma In boleh bagitahu In akan sambung kos Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (HONS), syukur. Pasni boleh kot doa-doa In bakal lawyer ke apa. Mungkin ke situ arah In...mungkin.  Sampai masa In akan beritahu detail yang lain. Yang dah tahu, diam saja! Hahaha... itu pun belum pasti. Mana tahu, ada perancangan lain. Tak sure. Hehe. So kali ni nak cerita jejalan gi Nogori dan Melaka! After asasi dulu... haa. 

Macam nak cakap sikit. Macam nak letak gambar banyak. Negeri Sembilan tu pergi berapa hari entah. 2 kot. Bukan ada apa sangat, mungkin. Hahaha. Tapi dapat juga pergi satu tempat ni, lupa nama apa. Macam penternakan ikan dan kehidupan laut yang lain. Best! Dapat pegang tapak sulaiman yang real, hidup! Seronok ooo. Sorry, kekadang perasaan tu memang nak over walaupun benda-benda kecil (kalau korang rasa ini benda kecil.) Bagi In, ini benda besar! Kihkihkih. Lepas dapat tengok anak seahorse atau Bahasa Melayu kuda laut (baru tanya Mak In dalam bahasa). Lepas tu Mak In kata , "Tu pun tak tahu. Sea laut, horse tu kuda...terbalik jadi kuda laut" Hmmm, yelahhh yelahhh. Anak kuda laut tu comel sangat. Macam keciknya sekecik kuman. Lewls. Okay tak, kecik...erm...besar sikit daripada kuman! Lol. -___-

Macam-macam jenis obor-obor dapat In lihat dan siapa pernah lihat ikan batu?!!! Nanti ada gambar In tunjuk okay? Memula memang tak perasan tu ikan! Ingatkan batu. Hehehehe. Best ah kat sana. Pengalaman bermakna dan berilmu. Dapat pulak masuk tempat ternakan tu padahal tempat tu untuk ujikaji, penternakan... bukan tempat boleh dilawat. Tapi sebab time tu ada In sekeluarga je, kasi chance lah kot :P Rezekiii. Alhamdulillah. Lepas tu, pergi Melaka. Peh, best giler ah Melaka. Lelagi hotel dia. Ceh. Hahaha. Memula nak pergi Melaka berapa hari entah tapi tambah lagi satu hari. Kurangkan sehari di Nogori. Sorry orang Nogori! Huahua. 

Melaka, ada tempat In sedar In tak pergi dan tak dapat explore!!! Sebab time tu pergi dengan parents je. Bukan dengan abang-abang sekali. Kalau ada abang-abang bebas sikit!!!! Boleh explore lebih sesama even parents dah tak larat atau kat hotel!!! So, memang bercadang nak pergi lagi sekali ke Melaka. Sama ada dengan keluarga WITH brothers atau dengan kekawan ;) . So Melaka apa yang best? In ni minat photography kalau korang nak tahuuu. So Melaka antara tempat unik, dan bersejarah yang seni binanya sungguh asli, tua tetapi unik dan dengan mural-mural didinding tu. MasyaAllah... beautiful! 

Kekadang feel-feel luar negara pun ada muahahaha. Tapi sekejap je lah sebab Melaka tu panas, Ya Rabbi! Hahahaha. Itu memang kekurangan Melaka ke apa? X'D Pergi juga minum coconut shake yang dikatakan pemes tu... di Klebang kan? Ermmmm, tatau kenapa dia femes sebab rasa memang macam coconut shake. Hahaha. What I meant was,pernah rasa lebih kurang macam tu even kat tempat lain. Mungkin Klebang itu sendiri yang sebenarnya unik! Membuatkan coconut shake nya pun unik. Ada tempat kat Klebang macam padang pasir kan? IN TAK TAHU. MY GOD. Tengok orang tweet kat twitter macam style lah! T_T

Lepas tu, naik boat merentasi satu demi satu jambatan dan ada lukisan-lukisan didinding. Itu lagi best kalau berjalan even jauh tapi worth it! Tapi dah dengan parents, jangan harap lah nak berjalan sampai ke hujung dunia -____- . Sangat cantik pemandangan. Then dapat pergi beberapa muzium. Seronok. Tak sempat pergi Muzium TLDM sebab nak tutup. So sad. Ingatkan kot boleh jumpa gambar Arwah Wan dalam tu :( Who knows. My late granddaddy pun pernah berkhidmat dengan negara okay. Huhuhu. Melaka memang best. Makanan nya pun. Nyum. Kecik-kecik tapi berbisa. Wakakaka. Seronok. Patut datang! I know I was a bit late kan. Well, biasalah. Selalu jejalan kat Penang je. Selama hidup ni berdekatan Penang tapi masih tak habis dan puas berjalan di Penang. Hehue...

Oh ya lagi satu. Zoo Melaka tak best. Penat tapi not worth sebab banyak kosong, mana pergi haiwab-haiwan tu? Hmmm... Tu je lah kot. So, tengok gambar je lah sekarang tau? And yang mana gambar In ada tu, tu hanya ada sementara di blog macam time post raya tu. Gagahkan diri, rajinkan, dan cukupkan bajet untuk berkelana di negara kita dan luar negara. Akan sedar banyak perkara baru dan dapat dipelajari. Have fun ! Adios!

:: NN ::