Sunday, June 9, 2013

Tips Mengembalikan Kecantikan Wajah

Assalamualaikum

Hi there! Hari ni,In usya-usya la kat google. Tips kecantikan terutama bagi masalah jerawat dan bekas jerawat. And In jumpalah beberapa cara secara tradisional! Well,lebih selamat dan memang ciptaan Allah ni banyak rahsia dan manfaatnya. Mari bongkarkan misteri ini! Hehe.

Pertama sekali kita boleh gunakan MADU ASLI.Ambil madu asli,tahu datang dari mana? Anda boleh selongkar dalam sarang lebah. Hee... Eh jangan-jangan. Bahaya. Silap-silap muka jadi lagi bengkak. hehe. Anda boleh dapatkannya di farmasi berdekatan atau di tepi-tepi jalan raya dekat kawasan macam hutan-hutan. Diorang jual madu asli. Nak kepastian,madu asli tak akan didekati semut. Dan madu asli selalunya berbuih serta sedap!!! Okay,caranya ialah ambil madu tu secukupnya dan sapukan di atas bekas jerawat.Biarkan selama 20-30 minit.Kemudian,basuh dengan air sejuk. Suam pun boleh.In syaa Allah hilanglah jerawat dan bekas jerawat.

Kedua ialah KAYU MANIS.Kerik kulit kayu manis dan campurkan dengan madu asli.Sapukan pada bekas jerawat dan biarkan semalaman. Maksudnya,dari korang letak,tidur dan bangun pagi esok.Pagi tu,cuci muka anda dengan air suam.

Ketiga ialah penggunaan UBI KAYU.Ambil ubi kayu dan kupas kulitnya.Bersihkan dan parut ubi kayu itu.Peras untuk dapatkan jusnya. Blend je.Haha.Oleskan jus itu pada muka anda yang ada bekas jerawat.Lakukan setiap hari selama seminggu.Dikatakan berkesan. In belum cuba. Musykil. Betul ke UBI KAYU ? Bukan UBI KENTANG ? In ingatkan UBI KENTANG ?? Hohoho~

Keempat ialah TIMUN.Parut timun dan saring airnya.Tempekkan ampas timun pada bekas jerawat.Biarkan selama 30 minit dan cuci dengan air suam.

Kelima BUAH LEMON.Peraskan air lemon Lumurkan ke muka 1 kali sehari. Dikatakan lemon mampu juga mengurangkan parut luka dan mempercepatkan proses baik pulih luka. Dan juga membantu dalam membuatkan kulit kita dapat sel-sel yang baru. Kulit akan halus mulus. Hee.

Keenam LIDAH BUAYA. Aipp! Ni bukan haiwan buaya tu ye mahu pun buaya darat. hohoho -.-. Ni POKOK LIDAH BUAYA.Sila lah google bagi yang tengah garu kepala tak tahu menahu. Hee. Menggunakan daun lidah buaya,ambil gel nya sahaja dan lumurkan ke bekas jerawat.Tunggu sehingga kering.Bilas dengan air suam.Selain itu,gel nya boleh dibuat jus dan minum sekali sehari. Bagus untuk merawat dari dalam. Awet muda gituu...

Ketujuh ialah HIRISAN TOMATO.Hiris tomato mengikut cita rasa anda. Bulatnya,lebarnya,panjangnya. Hehe.Tempekkan pada area wajah yang ada jerawat dan bekas jerawat.Kandungan Vitamin A pada tomato membantu produksi kolagen sehingga regenerasi sel-sel yang baru. WOW! Ngehehe...

Kelapan is PUTIH TELUR DAN MADU.Kandungan protein dan vitamin pada putih telur dan madu dapat membentuk jaringan kulit yang baru.Oleskan campuran tersebut ke kulit wajah secara rutin setiap hari selama 15 minit.Gunakan campuran tersebut sebagai masker wajah untuk hilangkan bekas jerawat.Jujur ya,kalau guna telur ni,kulit korang juga akan terasa tegang. Ngee~

Last but not least,penggunaan MINYAK ZAITUN.Antara minyak yang femes di dunia.Dapat menghaluskan kulit dan menghilangkan bekas jerawat.Oleskan secara merata di bekas jerawat.

Nasihat daripada In,kalau nak dapat hasil yang memuaskan,kenalah guna secara konsisten. Kesabaran perlu ada begitu juga dengan keyakinan. Sebelum guna,selawat dulu,bismillah dulu. Selesai guna,ucapkan alhamdulillah. In syaa Allah kalau amalkannya berkesan! Cuba jangan tak cuba jika ingin mencuba. Hehe. Kadang-kadang orang ada niat nak cuba,tapi tak cuba-cuba pun. Kihkihkih... Review daripada In,In pernah cuba guna madu,minyak zaitun,lidah buaya,telur dan tomato. Tomato nampak macam lambat sangat. Errr... Tapi yang lain memang berkesan walaupun mengambil sedikit masa :) Biar lambat asal selamat! Di jamin HALAL oleh JAKIM! Kihkihkih... Selamat Mencuba !

Pssst : Siapa tau daun kemangi atau dipanggil basil atau dipanggil juga daun selasih ?? Kata ibuk-ibuk Indonesia ya,kalo konsumnya dapat hindarin muka dari terkena jerawat gitu loh. Hahaha .. ;)

:: NN ::

8 comments:

  1. hahaha kak in. kita ada pokok lidah buaya depan rumah. tapi yang buat hanya 1x setahun. males deh~ -_-

    ReplyDelete
  2. kalau kulit pisang pun boleh. tapi hana beli ubat je.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ,oh ye ke ... hehe,nanti wat research lagi >_<''

      Okay :)

      Delete
  3. Memang banyak cara dan sumber utk mengembalikan seri wajah tapi yang jadi masalah, rajin tu yang tak banyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau azam org tu kuat dan menitikberatkan soal ni,pasti dia rajin. Bergantung kepada seseorang itu :)

      Delete
  4. Arol baru guna lidah buaya kelmarin. Lemon pun pernah cuba, tapi paling berkesan kulit kayu manis. Pedih sikit tapi memang kecut jerawat. Macam-macam Arol cuba tapi tak berkesan sangat sebab tak konsisten. Malas. Hahaha! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan,kulit kayu manis pedih sikit..tak berani cuba. Hahah .. Ohh...
      Hehe,tu lah faktor terbesar tak berkesan,tak konsisten! Teehee~ ^^,

      Delete