Tuesday, June 4, 2013

Haluan Hati

Tak pernah kau ingin mengerti
Kenapa aku harus pergi
Selagi aku disisi
Tak kan kau berganjak pergi
Mencari cinta yang lebih murni

Aku tak layak buat cinta ini
Kerana aku sering menyakiti
Pasangan hati kita tak serasi
Buat aku pergi mencari ganti
Titian cinta yang sejati

Berat hati ku berlari
Jauh dari pandangan sisi
Sudah peluang ku beri berkali
Namun masih kau tak hargai
Cukup serik bilang hati ku ini

Selamat tinggal cinta baiduri
Biar hati memilih haluan sendiri
Semoga kita bahagia nanti
Bersama pengganti yang mengisi hati
Lagi halal dan diberkati

:: NN ::

| Banyak benda nak kongsi,tapi kurang rajin tulis panjang-panjang ini jari-jemari.Malam semalam ini ilham datang mari,cuba untuk berkongsi.Yang pasti tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah mati |

16 comments:

  1. Kekadang byk idea kan In? tapi nak menaip nya tu malas..hehe..
    apa pun nice kata2 di atas:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ...simpan dulu,tapi sayang kadang-kadang terlupa pula...hahaha

      Oh,terima kasih ^_^

      Delete
  2. wah......... boleh buat lirik lagu ni..kadang2 nk taip pun rasa cm malas, lg menarik luah dgn puisi..hehe..
    wah, fiq mmh minat fixi..terbitan mreka sgt unik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha,apa pun boleh cikgu Fiq. In pun ada buat lirik lgu tpi low class punya XD Nyanyi macam tu je,esok lusa lupa dah. hahaha...

      Kebanyakan In rasa pembaca lelaki and lebih 20-an/30-an,In tak minat sangat. Suka novel yang lebih ringan,maklum umur pun baru 17 XD hehe

      Delete
  3. :) nice words.. inga cintailah seseorang kerana ALLAH, maka sejauh mana cinta itu , sedekat mana cinta itu tanpa redhanya pasti tidak akan bersemi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ^_^ ~~ lebih indah dengan hubungan yang halal dan dipandang mulia disisi Allah =)

      Delete
  4. wah.. puisi kah ni? pandai kak Nazmin mengarang..:))

    ReplyDelete
  5. Nice quote sayangg :) . Lama tak singgah sini . Heehehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umie !!! Mana pergi ? Rindu tau. Haha ..
      I thought tak guna dah blog tu :((

      Thanks :)

      Delete
    2. Still guna blog tuh lagi . Tapi dah tukar URL . Heehehehe . Rindu Min juga <(^_^)>

      Delete
  6. Skrg ni pun sis mcm tu. Idea byk tp nk menaip tu yg mls. Hehe

    ReplyDelete