Wednesday, July 9, 2014

Sick

Assalamualaikum

Allah Allah Allah ... kenapa hari ni banyak kali nangis? Hahaha. Apabila tengah sakit yang macam agak lama nak sembuh (na'uzubillah min zalik) ni mentally and emotionally down lah. Stress. Tak boleh nak fokus. Sakit teruk macam ni pun tak dapat MC. Kawan deman-deman pun tak dapat MC. PK roommate In kata kalau pengsan depan doktor tu baru dapat MC. Punya susah macam tu nak dapat MC. Tapi serious talk,doesn't make any sense. Tau la doktor,tau la mungkin terikat dengan peraturan UiTM tapi serious ah In tengah sakit yang tak boleh menahan,yang boleh ganggu pembelajaran dalam kelas. Tak dapat MC? So,now what? Tak hadir kelas kira ponteng lah? Serious talk,In dah tak nak ambil kisah dah. Nak kata ponteng ke apa Allah menjadi saksi. Benda ni semua dunia saja. DUNIA. In yang tak pernah takut dan tak akan takut jika tak buat silap. Yah. Alhamdulillah,dapat berfikiran dengan waras dan masih ingat siapa diri In. I do whatever I want to do even the whole world against me because right is still right even nobody does it and wrong is still wrong even if everybody does it. Get it? 

Alhamdulillah Jumaat ni dapat pulang ke Kulim =) Dapat berada bersama Abah,Mak,Rul dan Rin! Dapat berpuasa dengan diorang! Yeay! Cuti 5 hari ni In minta kat abah untuk balik sebab dengan tak sihat ni rumah sendirilah paling selesa. In syaa Allah dalam masa 5 hari tu dapat sembuh. Aamiin Allahumma Aamiin. Terima kasih kekawan lama ku tak kira sekolah rendah atau sekolah menengah. Kenapa korang ni supportive sangat? Terharu tau. Ni nak sayang korang lebih-lebih ni... Ni nak nangis rindu lagi ni... Nanti raya pastikan kita berjumpa tau? In syaa Allah. Kekawan kat UiTM ni pun apa kurangnya. Alhamdulillah,terima kasih atas doa korang juga :) Support korang juga :) 

Sebab kondisi badan macam ni,tertangguh pula post ilmiah mengenai another perkongsian ceramah In pergi. Haih. Semua tunggang-langgang tau... hmph,letih sangat TT^TT ... tapi tapi ... bukan nak merungut :< ... Tapi tu la kan,bila dah langkah ke tempat baru macam-macam jenis manusia kita jumpa. Hahah. Perangainya lah. Attitude. Ada yang buat kerja sambil lewa. Ada yang emm emm,tak mau kata la. Bulan puasa ni. Tapi tu la hakikatnya! Dan benda ni juga In macam Ya Allah .........................tolonglah sedarkan dia TT^TT ... You can be childish,yes you can be. In pun kekadang childish. Tapi kena ikut keadaan. Perangai childish tapi fikiran matang tak pe. Boleh fikir. Tapi kalau perangai dan fikiran at the same time childish no. Please don't TT^TT. Suka bersembang,boleh. Tapi jangan time ada kerja nak bersembang juga. Akhirnya semua kerja,semua urusan In sendiri nak kena fikir nak kena buat. Allah hai... Kalau nak kata penat sebab tu tk buat kerja,semua orang letih. Hidup di dunia ni memang untuk berpenat pun. Dunia ni bagaikan penjara bagi kita dan bagaikan syurga bagi orang kafir. Nak yang mana? Kalau tak bertungkus-lumus rasa tak berjihad pun menuntut ilmu. Pesanan buat diri sendiri juga. Sabar je lah. 

 
Alhamdulillah,Mak hantar di Whatsapp. Terima kasih,Mak :") Sesiapa yang tengah sakit,tak sihat mari kita amalkan ye? In syaa Allah Maha Penyembuh menyembuhkan penyakit kita semua :))

Sebelum mengakhiri post ini... In nak kongsikan satu Qasidah ni. Terima kasih kepada cousin In,Arif atas perkongsian Qasidah ni. In suka. Andai bagaimana pula ? ;)

 

:: NN ::

6 comments:

  1. Assalamualaikum IN... pekabar sis?? lama tak menjenguk kesini, sibuk sgt...rinduu..huhu
    harap2 nya In dah beransur sihat ye... risau jgk kan bila duk jauh dari family pastu sakit... banyak kan sabar sis.. moga Allah sentiasa melindungi.... TQ sharing DOA tu.. jom sama2 amalkan..

    ReplyDelete
  2. Semoga kak in cepat sihat. :)

    ReplyDelete
  3. Lama x jengah sini..semoga In segera sembuh..Amin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe sama la In pun lama x jengah blog cg.fiq ....terima kasih :)

      Delete