Friday, May 16, 2014

Terima Kasih,Guru

Assalamualaikum


Semuanya,apa khabar? Hehe. Ana busy dengan persiapan untuk masuk ke tempat pengajian baru kelak. Aiceh,ana-ana pula. Hehewww... So sempena Hari Guru ni gagah juga nak update blog. Bersusah payah guru-guru In mendidik In sehingga seremaja kini. Ewah. Permulaan pembelajaran In secara formal sebenarnya bermula semasa In berumur 4 tahun kot. Itu adalah semasa In sekeluarga tinggal di Seberang Perai. In mengajar mengaji sekejap je dengan jiran. Tak ingat pula rupa dan namanya. Tapi walaupun sekejap tetap terima juga ilmu daripadanya. Terima kasih :")

Seterusnya berpindah la kami ke Kulim,Kedah. In mula pergi mengaji dengan Ustazah Hamidah seusia 5 atau 6 tahun. Mula baca Al-Quran sewaktu darjah 2. Tamat mengaji kira khatam lah dalam darjah 6 kot? Tak berapa ingat. Hehe. Alhamdulillah,syukur atas ilmu yang dilimpahkan. Ustazah baik sangat. Awal-awal dulu terasa ustazah garang sebab time tu muda lagi. Nangis lah tak dapat baca dulu atau tak ingat hukum. Abang-abang In duk tunggu dan gelak je. Huh. Suasana mengaji dengan ustazah amat seronok dengan kekawan lain yang ada bersama. Sewaktu majlis khatam Al-Quran tak kira siapa yang khatam,amat In kagum dengan suasananya. Feelingnya berbeza dengan mengaji biasa tak kira sama ada sewaktu In khatam ataupun orang lain. Hehe ... Saya sayang ustazah sangat-sangat. Asyik mengharapkan nak melawat ustazah tapi tak sempat-sempat :/ Terima kasih,Ustazah Hamidah 

Kemudiannya sewaktu umur 6 tahun itu juga In mula memasuki Tabika Taman Seluang. Teacher In bernama Teacher Chandra. Sekarang ni kami berjiran je. Hehe. Dan juga yang bersama teacher iaitu menyediakan makanan ialah Cikgu Saadiah. Terima kasih atas didikan yang baik dan seingat In langsung tak kena marah kot. Hahaha. Teacher sangat sporting dan berkarisma. Aicewah. Makanan yang disediakan oleh Cikgu Saadiah juga sedap-sedap belaka. Cikgu Saadiah handle bebudak yang muntah atau tak pandai cuci sendiri selepas 'melabur' dengan sabar. Allahu, murninya kerja guru ini. Penuh ketabahan,kesabaran ditambah kasih sayang itu membuatkan guru ini bukan sekadar pekerjaan yang perlu dipandang enteng. Sungguh menjadi guru juga merupakan jihad. Limpahkanlah kasih sayang dan penjagaanMu buat mereka yang bergelar guru :')

Menjejak kaki ke sekolah rendah seusia 7 tahun mengikut di Malaysia. Haha. Selama 6 tahun menuntut di situ dan penuh suka duka dahulu. Tapi kini hanya tinggal suka,duka yang dulu diingat kembali manis :) Ustaz Yazir tidak silap,merupakan ustaz favourite In sewaktu darjah 1 sehingga darjah 3. Kemudiannya ustaz pindah. Sedihnya :'( . Suka melawak dengan ustaz. Ustaz ni melawak makan dalam juga. Hahaha. In pun dulu jenis melawak kemain hentam,kena juga ustaz. Hehehe. Bebudak kan? Tapi ustaz gelak-gelak je. Hahah. Ustaz ni kalau jumpa saya suka sangat belai kepala saya. Kepala orang lain tak pun. Eh,nakal sangat ke saya ustaz? Heheh. Ustaz sayang saya lebih lettewww :P hehe... Pelbagai pencapaian In telah capai sepanjang bergelar pelajar SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK (SKTAM). I'm so proud of this school ! :D So proud I'm one of them who studied at this school ;D Guru favourite seterusnya ialah Cikgu Iskandar. Menjadi guru In semasa darjah 5 dan 6. Cikgu Iskandar pun tinggal berhampiran juga. Hehe. Ni pun cikgu yang jumpa saya je belai kepala saya. Hmphh,apa keistimewaan kepala saya tak tau? Hehe. Rindunya,naik sekolah menengah dah tak ada :( Mungkin tak manis,sebab saya pun usia dah meningkat. Kahkahkah. Cikgu Iskandar menanam benih semangat,kecekalan dan impian dalam setiap anak muridnya bagi In. Ya,benih itu kini tumbuh segar dalam diri In. Sebab itulah In tak pernah berputus asa kerana benih yang ditanam oleh Cikgu Is. Benih apa tu? Ada lah kata-kata yang menaikkan semangat saya dan kawan-kawan lain dalam menempuh kehidupan seterusnya. Impian besar kami tak akan ditelan usia dan zaman. Cewah. Kerana begitu berbangga dengan sekolah rendah In ni,kasi intro sedikit sebanyak mengenai sekolah In.


Lencana Sekolah

mengandungi 3 warna
KUNING
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
HIJAU
Agama Islam sebagai Agama Rasmi
MERAH
Keberanian & Kegagahan menghadapi cabaran ke arah pencapaian kecemerlangan.
STRUKTUR, KOMPOSISI & TAKRIF LENCANA:
PERISAI
Kedaulatan Undang-undang & Peraturan Sekolah
OBOR
Cahaya : Kecemerlangan
Api : Ilmu Menerangi Hidup
Panas : Semangat Perjuangan
Pemegang : Pendidikan menuju ke arah Wawasan & Falsafah Pendidikan Negara
Tangkai Padi : Sumber Inspirasi terhadap Keharmonian Masyarakat & Negara

Lagu Sekolah (Putera Puteri Negara)



Kami Pelajar SKTAM

Putera puteri Negara

Tuntutlah ilmu sentiasa
Agar hidup bahagia

Sayangi guru juga keluarga
Jasamu tidak dilupa
Taat pada perintah Tuhan
Raja dan juga Negara

Kami Pelajar SKTAM
Putera puteri Negara
Tuntutlah ilmu sentiasa
Agar hidup bahagia.



Bendera SKTAM

HIJAU  
 Melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia

KUNING 
 Melambangkan taat setia di Raja.

PUTIH 
 Melambangkan kesucian hati

Guru Besar sepanjang In menuntut? Taraaaaaa !

Azizan B. Haji Md Saad =)

Bagaimana dengan sejarah sekolah rendah In ? Hehehe. Pendeknya,awal dulu nama sekolah ni adalah Sultan Badlishah Primary School. Kenapa? Ini kerana sekolah ini dulu menumpang bangunan Sekolah Menengah Sultan Badlishah ketika itu,sebelum dibina bangunan baru berasingan. 

Haa,bila dengar nama Badlishah tu apa lagi? Tu lah sekolah menengah In! Sekolah Kluster Kecemerlangan SMK Sultan Badlishah. Sebenarnya sebelum tu sekolah In adalah sekolah Bestari tapi sewaktu In tingkatan 3 nak masuk tingkatan 4 ditukar kepada Kluster Kecemerlangan. Syarat kemasukan sekolah ini adalah dengan mencapai 5A UPSR. Sebelum tu,4A1B pun diambil juga. Entah waktu bila ditukar. Sekarang ni banyak berubah dah In tengok,ye lah nak berusaha untuk dapat SBT iaitu Sekolah Berprestasi Tinggi pula. In syaa Allah,In doakan. Yang In rindu di sekolah menengah ini ialah Ustazah Noriah,Ustazah Zainab,Ustaz Jisni dan Ustaz Helmi. Amboi ustazah dan ustaz ja. Cikgu lain tak de ke? Ada,ada. Cuma yang bernama di atas lebih sikit :p hehehe. Ini kerana In masih terasa pengajaran mereka dan rasa rindu itu lebih kepada mereka. Serius kalau orang tanya cikgu apa yang special waktu sekolah menengah,In speechless kerana bagi In semua sama je time sekolah menengah,tak seperti sekolah rendah ada cikgu favourite. Haha. Tapi tidak lupa,yang In terhutang budi sungguh juga kepada teacher Edna dan teacher Intan. Sangat membantu dalam perkembangan English In  :)  Terima kasih juga sangat-sangat kepada guru-guru lain. Tanpa mereka siapalah In sekarang ni kan? Alhamdulillah moga apa sahaja yang diajar mereka kekal ilmu tu sampai bila-bila. In syaa Allah. In pun berbangga juga dapat bersekolah di sini. Bersyukur sangat. Bukan senang nak masuk. huhu. Jadi sepertimana short intro untuk sekolah rendah In,In bagi juga untuk sekolah menengah In :) Kerana kejayaan yang In capai sekarang semuanya hasil didikan daripada guru yang mengajar In dari kecil sehinggalah sekarang. 


Badge SMKSB

Lagu Sekolah

Kami Ini Semua Para Pelajar
Sekolah Sultan Badlishah
Berganding Bahu Kita Bersama
Mencapai Matlamat Kita

Semua Ilmu Pengetahuan
Semua usaha Bimbingan
Guru Sudah Pun Curahkan
Untuk Kita Masa Hadapan

Dengan lambang Yang Perkasa
Bercogan Bersih Dan Setia
Adalah Menjadi Suatu Kemegahan
Bagi Kami Semua

Ingin Jadi Masyarakat Berguna
Berjasa Pada Negara
Itulah Cita-cita Utama
Negara Kita Jaya.

Gubahan : En. Johari bin Salleh. (Who is this?? haha)


Bendera Sekolah

Warna Kuning Keemasan : Melambangkan kebesaran Sultan yang bersangkut paut dengan nama sekolah

Warna Biru : Melambangkan perpaduan antara pelajar-pelajar yang berbilang kaum di sekolah ini

Warna Merah : Bermaksud sentiasa berani serta tabah dalam menimba ilmu pengetahuan

Warna Putih : Melambangkan kesucian,kejujuran,sikap tulus ikhlas,murni dan mengutamakan kebersihan kehidupan.

Last but not least about this school is the CODE OF CONDUCT 

I must be clean
I must be punctual
I must be orderly in all my work
I must be courteous
I must be self-reliant and reliable.

 (Seriously code of conduct ini In masih ingat okeh) Hahah.

Then tidak lupa kepada guru-guru tuitions In...Teacher Remah,Sir Bala,Sir Krishna,Cikgu Fatimah (kot),Sir Mizam dan lain-lain :D Thanks a lot ! Not to forget,Encik Mad iaitu guru kereta saya. Huahuahua... Terima kasih,Jimat Canggih ye... Elit Utara...Dan tuition Matematik Tambahan with Sir Mizam. Dan tidak lupa juga kepada Sir Mandarin In iaitu Sir Faidzil...Gonna miss all of you. Terima kasih,guru :")

:: NN ::

No comments:

Post a Comment