Friday, January 31, 2014

Imamku

Aku bukanlah manusia yang maksum
Diriku ini penuh dengan cacat celanya
Kalau bukan fizikalnya
Mungkin terletak pada akhlaknya

Dengan itu aku terus berusaha
Berdoa
Bertawakal
Beristkharah

Untuk aku mencari
Menemui
Menggapai
Mengasihi

Kamu yang aku cintai
Mengisi ruang jari jemari
Genggam erat
Memimpin aku

Aku yang memerlukan kamu
Pasangan hati yang serasi
Membimbing aku dengan harapan
Sama-sama kita membina sebuah masjid

Yang mungkin bukan sahaja di bumiNya
Yang mungkin jua kelak di syurgaNya
Bawalah
Pimpinlah

Bakal imamku

:: NN :: 

14 comments: