Aku tersenyum mengenang kembali kisah lama,
Yang membawa aku seakan di persada mimpi indah,
Bodohnya aku pada ketika itu nyata dibilang maya,
Kini semuanya pergi meninggalkan aku dan masih ia nyata
Andai bisa aku memintas kelajuan cahaya,
Tak mustahil aku kembali kepadanya,
Dia yang telah pergi jauh daripada hidupku,
Dia yang tak akan kembali dalam hidupku
Mengapa perlu dulu aku tidak mengendahkannya,
Mengapa perlu kita bertelagah wahai kasih,
Mengapa perlu kita berpisah atas ego kita,
Mengapa perlu ini terjadi terhadap hubungan kita
Aku kesal dan sungguh amat menyesalinya,
Aku yang sepatutnya berada disampingmu sekarang,
Kau yang sepatutnya berada dipangkuanku,
Bermanja-manja denganku serta gurauan manismu
Kini tidak lagi seperti yang dirancang kita,
Hancur punah segala mahligai impian yang kita bina,
Kau sudah menjadi milik yang lain,
Jauh lebih baik daripada diriku yang telah mengecewakanmu
Maafkan aku kasih yang aku masih setia menyayangimu,
Namun aku perlu melepaskanmu kepada yang lain,
Dia yang mendapat menjagamu tika tiada kehadiranku
Aku mengundur diri dan kini hanya menumpukan cintaNya dahulu
Salam bahagia
:: NN ::
erm! maksud tersirat nya?? hehe..
ReplyDeleteIn buat apa cuti2 ni...:)
Hahah XD Maksudnya erkk,banyaklah juga.For short,kisah pasangan suami isteri yang telah berpisah. Rumah tangga yang tiada tolak ansurnya dan mungkin kerana kurangnya penekanan dan pengamalan didikan agama. Apa pun,suami ni dah lepaskan semuanya dan kembali ke jalanNya. Dia mulakan semula hidup dengan cinta Allah dahuluuu :)
DeleteCuti ni,nanti in syaa Allah In akan ke KL and Cameron nak jenguk abang and ada kenduri. Then in syaa Allah ada rezeki In akan pergi kelas Mandarin :) Seperti biasa In pun ada kelas piano and rutin harian tngk TV bagai XD Hahahah ...