Wednesday, September 11, 2013

T W O M O N T H S

Assalamualaikum

Hi semuaaaa,masa sangat cemburu dengan In sebenarnya sampai tak dapat nak update panjang-panjang !!! Hahaha. Ada info bermanfaat nak kongsi tapi research tak habis lagi. In akan ambil yang terbaik buat pembaca semua ^_^,in syaa Allah. Otw okay,otwayyyyy~ hehe ...

Tadi,abah In kata makan angin sangat padahal SPM lebih kurang 2 bulan tau !!!! 6 Nov. 2 bulan lah sangat kannn,kurang dah tu pa. Erghh,kena drill ni. Tak boleh nak lepak dah. Enough is enough. Cukup dah berehat. Belajar daripada kekesalan yang lepas. Belajar daripada pengalaman ex-SPM yang lepas-lepas. Kena belajar awal-awal. Buat latihan awal-awal. Yeah. Maaf kalau In lambat sangat sangat,jarang sangat sangat nak update blog. Tapi lepas SPM seriously setiap hari akan update okay ! *ini harapan,bukan janji.Hehe.* Just wait,2 months lagi yea ?

Doakan In yea ? :( Takutttttt nih. *ye ke?* Hahaha . Emmm,tak rasa lagi. Nanti-nanti rasa lah. hahaha. Doakan In ...kekawan seperjuangan In ... huhu ... Kita nak berjaya sama-sama :') Doa tu senjata rahsia kita. Tapi usaha kena ada. Ye. Usaha. Abah In kata,anak kawannya Chinese tak keluar bilik dah duk study. Hahahahah. Sorry,dad ... I'm not that kind of person :P Study biar happening. Tak mau stress. Memang kena drill tapi kalau nak sampai jangan keluar bilik please lah. haha. Macam menyeksa diri je although for the good reason. Mr.X you do your way and me ? My own way ~ ^_^ 

Abah In kata minimum is 6A's out of 9 subjects. Errr,that's okay but I want straight A's !!! So boleh la sambung dengan cita-cita pula :) I love my future so I'll study hard + smart . Don't worry :) Abah In kata kalau dapat 6A akan hadiahkan kereta and boleh bawa pergi ke campus. Seriously ??!! I mean,bawa pergi ke campus,that's good. Tapi lepas dapat result baru dapat kereta ? -.- Alaaa... ingat after SPM ! Bukan after RESULT SPM ! hahaha. Tak pe lah. After SPM tu guna kereta ibu In dulu ler. Hahaha ... 

Okay,gtg ~ In tak boleh update pasal pergi ke Thailand tu lagi sebab tak ambil gambar daripada cikgu lagi. Dulu busy exam kan . haha. In syaa Allah minggu depan nah. And ape In nak update tak tau ? Nanti In tengok balik older posts. Hahah,lupa lupaaa... Otak dah celaruuuu... Heee.... See yaaa !

:: NN ::


Wednesday, September 4, 2013

Dah Besar Dah Aku

Assalamualaikum

" Boleh kata lepas 60 hari ni,tibanya SPM. Hmph,cepatnya masa berlalu. Nanti tak perlulah susah payah beli baju sekolah bagai. Takde nye nak kena dengar mak ayah suruh study. hahahah. Tak ade pula kan orang asyik tanya 'result sekolah macam mana ?' Hah,tak perlu juga la pakai name tag sekolah tu . Hewhewhew... Tak de spot check phone,name tag,kuku,stoking,kasut dan sebagainya. Fyuhh,kalau nak senarai panjang tau. Kemain banyak spot check kat sekolah. Hahaha. Haiz,habis SPM nak buat apa la ? Banyak list tak tau boleh lunaskan ke tak. Silap hari bulan satu pun tak buat. Hahaha. Macam tu lah manusia. Mampu merancang. hehe. Apa pun,aku dah besar dah sekarang. Huu ... kereta pun dah boleh bawa,tinggal nak dapat kereta je tak lagi. bila tu agaknya ? ;P ... hmph,nanti bila dapat result kenalah sambung study. Masuk Universiti. Jumpa orang baru dengan suasana baru. Cara belajar baru. Semua baru la gamaknya. hahahaha. Berdikari hampir 100%. Mungkin ada la sikit sebanyak bantuan kawan-kawan *masih mengharap* Haha. Ataupun kalau-kalau Universiti dekat-dekat dengan rumah saudara mara boleh ler diorang tolong apa-apa *agaknya 'apa-apa' tu apa ? :P .... macam abang and sepupu-sepupu aku lerrr... hehe ~ Dah tu,sekejap sekali zupppp je masa berlalu...mana tau ada jumpa my Zing ! Jeng-jeng-jeng ~ *unsur saspens* Haha. Ahhhh,kalau fikir jauh sangat memang tak akan habis... sampai masuk alam pekerjaan lagi. Entah ape yang akan terjadi . Pekerjaan ape lah kan. Hahaha. Apa pun aku lah yang tentukan masa depan aku. Yeah. Kena usaha !!! C'monnnn ... just 2 months lagi okay. Berkorban demi masa hadapan. hahaha .. Ya ya XD "

Hi there ! Hehe ... Tu lah apa yang In tetibe fikirkan . Iskkk...nak habis trial SPM ni feeling sampai ke SPM...dah tu sampai apa nak buat lepas SPM bagai. Buntu ni buntu . Hahaha . Ramai orang tanya "lepas SPM apa rancang ? Nak buat apa ? Where do you want to go? What will you do ?" Hahhh..seumpamanya lah. Haha... Ayah In pun tanya,In cakap i'll go far far farrrr awayyyy :P Hahaha,kononnya travel sana sini. Kahkahkah ... Tapi yang pasti reunion dengan member sekolah rendah dan sekolah menengah haruslah. Hewhew...  my Zing ? <-----itu kalau tak faham,mesti tak tengok lagi cerita Hotel Transylvania ! kan kannn,pergilah tengok. Baru tau. He he he ~ Alright ... sampai di sini sahaja yeeee :D Jumpa lagi,assalamualaikum !!! ^____^

:: NN ::

Monday, September 2, 2013

Aku Manusia Yang Tak Memahami Manusia

Aku manusia
Tetapi aku tidak mengerti manusia
Kita sama manusia yang berlainan hati dan pandangan
Tak dapatkah kita bersatu atas perbezaan ini ?

Aku manusia
Berfikir siang dan malam
Apa perbezaan ini kita manfaatkan untuk bersatu ?
Atau kita mempergunakannya untuk bertelagah ?

Aku manusia
Tetapi aku tidak mengerti manusia
Manusia yang ingin hidup lama di bumi
Namun mereka juga yang merampas hak kehidupan manusia lain

Aku manusia
Melihat ia sudah menjadi trend di bumi
Ibu yang melahirkan mencampak bayinya sebegitu sahaja
Apakah salah insan yang lain ingin hidup di bumi yang sama ?

Aku manusia
Tetapi tidak mengerti manusia
Apakah salah ibu yang mengandung ?
Atau salah diri yang tak tahu menghargai dan menilai ?

Aku manusia
Melihat khabar yang bertali-tali
Manusia yang megah bersenjata
Meragut nyawa yang bukan miliknya

Aku manusia
Tetapi tidak mengerti manusia
Mereka yang ingin hidup bersama keluarga tercinta
Namun mereka juga yang menarik manusia lain daripada mendapatinya

Aku manusia,
Berfikir sejenak subuh ke senja hari
Adakah perlu kita mencari dan menuding jari ?
Atau perlu kita mencari jalan keluar yang bertiti ?

---Sesungguhnya aku manusia yang tak memahami manusia---

:: NN ::