Monday, February 15, 2016

Sanah Helwah, Noraya Busran

Assalamualaikum

Sanah helwah, Mak. Semoga bahagia selalu. Dan dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan. Terima kasih kerana melahirkan seorang dan satu-satunya anak perempuan bongsu yang cantik, comel dan bijak. Yang nakal tapi baik. Degil tetapi akhirnya mendengar. Yang malas, tetapi cuba rajinkan diri. Yang kadang-kala kuat gaduh tetapi memaafkan dan melupakan. Yang rasa nak mengeluh tetapi bersabar. Kadangnya pengecut tetapi bila berani, berani sekali. Yang selalu bising banyak cakap,tapi bila malu, diam sungguh diam, jadi perempuan sungguh ayu. Yang kasar tapi lembutnya masih ada. Peh, mana nak cari anak perempuan begini? Mungkin ada yang diatas gene daripada Mak. Mak seorang ibu yang hebat. Terima kasih. May Allah the Almighty continues to shower His blessings on you and give you the best in life. Love you lillah, Noraya Busran.

Siapalah aku untuk memuji diri sendiri. Sesungguhnya yang sebenar layak menerima segala pujian itu hanya Tuhanku. Yang mengizinkan ibuku melahirkan aku. Mengizinkan aku dilahirkan dengan sebegitu sempurna tiada cacat anggota atau pancaindera. Terima kasih kepada Tuhanku meminjamkan dia sebagai ibuku. Semoga ikatan dan kasih ini hingga ke syurga. Dan terima kasih Tuhanku, mengizinkan dia membesarkan ku sebegitu baik sekali. Alhamdulillah. Tahu tak, aku jaga diri aku. Maruah dan agama aku. Penghormatan diri aku. Selain kerana Tuhan dan agamaku, juga kerana ibu bapaku. Kerana aku tak mahu manusia-manusia ini yang telah mendidik aku tanpa berhenti dan berputus asa, di caci dan di hina kerana aku. Na'uzubillah min zalik. Kalau untuk Tuhanku, dan ibu bapaku, mana mungkin ia sesuatu yang membebankan bagi aku? Jika ia juga sesuatu yang membantu ibu bapaku untuk membau syurga, mana mungkin aku terasa berat untuk menunaikannya. Moga aku tidak akan pernah tersilap jalan dan terus dapat membanggakan ibu bapaku, jika bukan di dunia, in syaa Allah di akhirat. Aku kuat kerana mereka yang tercinta.

Kalau Mak Abah aku tanya aku apa yang aku bersyukur sekali yang aku dapat daripada diorang. Hm, setelah aku berfikir panjang, setelah aku mengimbas satu demi satu peristiwa, aku akan jawab didikan agama. Ye, didikan agama. Yang berikan aku didikan agama, mencari dan mengeluarkan wang untuk hantar aku mengaji Alif Ba Ta seusia yang sangat muda. Menyekolahkan aku. Mencari guru yang benar dan baik buat aku. Tahu tak apa guru-guru selalu sebut kalau kita buat hal atau nak bagi kita semangat? Bukan mereka kata, "kamu tak kesian/sayang ke diri kamu?" Bukan. Guru-guru akan kata, "Kamu tak kesian/sayang ke ibu bapa kamu?" Dengan rasa syukur yang aku cuba gali dalam diri aku ini, aku jumpa didikan agama yang diberi. Dan dengan itu, aku perlu ikut apa yang aku belajar dan di didik. Kalau aku belajar menutup aurat, aku terus menutup aurat. Kalau aku belajar bagaimana ingin menutup aurat lebih sempurna, aku terus cuba sempurnakan aurat aku. Tanpa berbalah, tanpa rasa berat hati. Tanpa menangguh. Kenapa? Kerana aku kasihan kepada ibu bapa aku. Kalau aku kata aku malas belajar atau tak mahu belajar dah, aku akan rasa diri aku sungguh kurang ajar. Kalau aku merungut tak nak menutup aurat kerana panas, kerana kurang style ke tak up to date ke tak elok ke aku rasa diri aku kurang ajar sangat sebagai seorang anak. Baru sebagai seorang anak kepada ibu bapa aku. Bagaimana pula dengan seorang hamba kepada Tuhanku?

Ibu bapa aku yang susah payah bela aku. Besarkan aku. Layan kerenah aku. Tapi aku tak sanggup nak berjuang dalam jalan Allah yang sedikit sebanyak bukan sekadar membantu diri kita, tetapi ibu bapa kita juga. Patut ke? Tidak! Ada kisah dimana seorang bapa yang telah meninggal dunia di beri ganjaran syurga kerana anak perempuannya seorang yang solehah. Solehah kepada suaminya. Kita buat baik pada suami pun boleh jadi beri credit kepada ibu bapa kita juga. Bukan sekadar itu, buatlah baik sesama manusia, binatang dan alam. Kerana kebaikan itu juga hasil didikan yang diusahakan oleh ibu bapa kita ke atas kita. Jadi, baik kita juga memberi kebaikan kepada mereka. In syaa Allah. Sebab tu, kalau tak kesian pada diri, kasihanilah ibu bapa kita. Kalau orang tanya aku kenapa tak bercinta, bukan pada asalnya aku menolak kerana beranggapan ia tidak halal tetapi aku lebih fokus kepada menunaikan harapan dan kebahagiaan ibu bapa aku. Selagi aku rasa belum puas bahagiakan ibu bapa aku, beri yang aku ingin berikan, aku tak terdetik untuk bercinta dan menjaga kebahagiaan 'orang lain'. Tuhan aku lebih mengenali aku. Jadi Tuhan aku akan bantu aku. Itu aku pasti. Semoga Mak Abah diberi ganjaran syurga didunia selepas ini. In syaa Allah. Aamiin. Satu hal, aku tak baik. Cuma aku seorang manusia biasa yang penuh dosa sentiasa cuba untuk menjadi baik dan lebih baik. Sekian, assalamualaikum.

:: NN ::

4 comments:

  1. Sanah helwah buat In. Baru tau nama sebenar In. Moga Allah memberkati dan merahmati In sentiasa

    ReplyDelete
  2. Eh hari jadi ibu in ��. Thank u anyway :)

    ReplyDelete
  3. Assalam In..
    pe habaq? lama juga Yaya xBW sini..
    ni baru ade ksempatn..In sihat? ^_^

    ReplyDelete
  4. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete